METODE TARTIL CARA CEPAT MEMBACA DAN MENULIS AL-QURAN

Oeh

ENGKIZAR SIQ, SPd.I

hengki_zero@yahoo.co.id

017-2380665/+6281266494483

Fakulty of Education Spesialisasi Islamic Educations

National University of Malaysia

1.0 Pengenalan

al-Quran adalah salah satu elemen terpenting umat Islam. penerapan nilai-nilai al-Quran adalah amat penting didalam diri masyarakat Islam. pendidikan al-Quran adalah bermatlamat membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasakan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak angsur, bertanggung jawab, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong serta mengikut garis panduan yang telah ditetapkan al-Quran (Ahmad Shalleh 1997)

Kementerian Pelajaran Malaysia (2005) menjelaskan diantara objektif dan matlamat pendidikan Tilawah al-Quran adalah sebagai berikut:

  1. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik dan fasih.
  2. Melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa membaca dan mengahafaz al-Quran di rumah dan di luar sekolah.
  3. Melahirkan pelajar yang terdidik dengan didikan al-Quran dan
  4. Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati ajaran al-Quran dalam kehidupan individu dan jemaah

Selanjutnya penulis akan merujuk kepada beberapa hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang kepentingan pendidikan al-Quran diantaranya :

Terjemahannya: Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai     Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca Al-Quran, karena orang-orang           yang memelihara Al-Qur’an itu berada dalam lindungan singgasana Allah        pada    hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka             beserta para nabi-Nya dan orang-orang yang suci. (Ath-Thabrani)

Terjemahannya: Daripada Uthman bin ‘Affan ra berkata: bahawa Rasulullah          s.a.w   bersabda, “Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t antara    kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya         kepada orang lain,” (Al-Bukhari)

(al-Nawawi 1995) menjelaskan takrifan hadis ini adalah tentang seseorang yang paling mulia disisi Allah s.w.t. ialah mereka yang mempelajari al-Quran dengan sebaik-baiknya dan kemudian mereka mengajarkan pula kepada orang lain. Maksud mempelajari disini, bukanlah hanya sekadar belajar tetapi lebih mempelajari, iaitu belajar memahami serta mengamalkan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Memahami pandangan dan Hadis di atas, tegasnya matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagai seorang individu yang boleh berjaya ditengah-tengah kehidupan masyarakat, manakala bagi seorang muslim sebagai khalifah merupakan tugas dan tanggung jawab agar mewariskan al-Quran kepada generasi selanjutnya, serta barang siapa yang mempelajari al-Quran serta mampu mengajarkan bagi manusia lainnya merupakan amalan pekerjaan yang terpuji lagi mulia.

Untuk itu dalam perbincangan ini penulis akan menghuraikan salah satu dari kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran iaitu “Metode Tartil Cara Cepat Membaca dan Menulis Al-Quran, untuk lebih terarahnya, kaedah pengajaran yang menulis maksud disini merujuk kepada pandangan Mohd Athiyah al-Abrasyi dalam karya beliau yang bertajuk Ruh al-Tarbiyyah wa al-Ta’alim iaitu jalan yang diikuti oleh murid untuk memudahkan kefahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ahmad 2004), tegasnya kaedah pengajaran ialah metode serta perancangan materi yang disusun sebelum seseorang guru memasuki kelas dan dilaksanakannya kegiatan tersebut di dalam kelas.

Kesimpulannya, dalam konteks Pendidikan Islam Tilawah al-Quran merupakan salah satu bidang yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Bidang Tilawah al-Quran mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan mata pelajaran lain kerana ia memberi penekanan kepada kemahiran lisan, aspek kelancaran bacaan, penguasaan kemahiran fasahah, penguasaan kemahiran tilawah bertajwid dan kemahiran bacaan seperti tadwir dan tartil

2.0 Sekilas Tentang Metode Tartil

Metod Tartil merupakan salah satu metod pembelajaran Al-Qur’an yang lebih praktis dan lebih cepat untuk membantu murid membaca dan menulis Al-Qur’an. Metod ini diperkenalkan oleh Hj. Gazali, S.MIQ, M.A (Pensarah Ilmu Al-Qur’an Sekolah Tinggi Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Qur’an “STAI-PIQ” Negeri Sumatera Barat, Indonesia) pada tahun 1998. Metod ini terdiri dari dua siri, iaitu Tartil I dan Tartil II. Tartil I adalah untuk memandu murid mengenali huruf, membaca huruf berbaris satu, sukun, musyaddah dan tanwin. Manakala  Tartil II pula adalah untuk memandu murid mempelajari Mad, Ghunnah, dan Waqaf wal Ibtida’. Sekiranya pembelajaran dilakukan setiap hari (satu kali pertemuan 1 Jam), murid hanya memerlukan masa empat bulan untuk mempelajari kedua-dua siri metod Tartil tersebut.

Jabatan Pendidikan Bandar Padang Negeri Sumatera Barat (2006). Menjelaskan Pengalaman kami menggunakan metod ini kepada 400 buah Sekolah Rendah di Kota Padang, Negeri Sumatera Barat semenjak tahun 1998 sehingga sekarang, dalam masa 4 bulan murid telah dapat membaca Al-Qur’an mengikut kaedah yang betul dengan menggunakan seni membaca secara bertartil dan sebahagiaan murid juga boleh bertarannum bagi mereka yang mempunyai anugerah suara seni yang tinggi. Sekarang metod ini telah dijadikan sebagai metod asas pembelajaran Al-Qur’an untuk seluruh sekolah Rendah di Sumatera Barat. Untuk lebih membumikan metod ini, maka pada tahun 2004 metod ini juga telah di perkenalkan di Malaysia dan Singapore. Di Malaysia metod ini telah digunakan sebagai metod asas oleh kerajaan Negeri Sembilan sehingga sekarang. Gazhali. (2008)

Berdasarkan pengalaman Penulis sendiri yang dipercaya oleh pencetus Hj. Gazali, S.MIQ, M.A untuk mengembangkan kaedah ini sama ada di Indonesia dan Malaysia, bermula dari penulis melanjutkan pengajian program master di Fakulti Pendidikan, pengkhususan Pendidikan Islam bulan Januari 2009, penulis telah mulai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran dengan menggunakan metod ini di beberapa sekolah rendah yang ada di Selangor. diantaranya adalah Sekolah Sri Aesyah Bangi, Sekolah rendah Ugama Bukit Kapar Barat Klang, Sekolah Rendah Sri Al-Amin Sungai Tangkas. Dari beberapa pelaksanaan tersebut penulis berjaya dalam masa yang lebih singkat dan hasil lebih baik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran pada kelas pemulihan al-Quran dibeberapa sekolah tersebut.

Agar penggunaan metod ini menjadi lebih berkesan, guru-guru perlu dilatih terlebih dahulu cara menggunakan metod ini sebelum mereka mengajarkan kepada murid. Ini bertujuan supaya guru dapat mengajar mengikut silabus yang ditetapkan dalam buku panduan metod ini. Kerana prinsip asas metod Tartil ini adalah menggunakan kaedah “Student Centre“. Guru perlu memiliki kreativiti untuk memandu pelajar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pelatihan para guru yang akan mengajar menggunakan metod Tartil ini,  sebagaimana telah disebut di atas disamping bertujuan untuk memberikan kefahaman terhadap strategi mengajar, silabus buku, Alat Bantu Mengajar (ABM) juga akan memberikan pembekalan seni Tartilul Qur’an, ini bertujuan agar pelajar dapat menjadikan guru sebagai Role Model dalam membaca al-Quran dengan pelbagai seni Tilawah al-Quran yang sedia ada, selanjutnya pembekalan juga akan memberikan kemahiran menulis ayat-ayat al-Quran kepada guru dengan seni Khatil Quran sehingga guru juga mempunyai kemahiran dalam menulis ayat-ayat dengan indah mengikut standar yang telah ditetapkan.

3.0 Tinjauan isu Pembelajaran Al-Qur’an Saat Ini

Latar belakang diperkenalkan metod ini adalah setelah melihat fenomena metod pembelajaran Al-Qur’an yang berkembang saat ini. Diantaranya adalah metod Bagdadiyah, Iqra’, Qira’ati, dan Basmallah, didapati masih banyak ruang-ruang yang boleh diperbaiki, diantaranya dari segi masa dan menarik minat murid supaya tidak jenuh dan bosan, kerana belajar terlalu lama. Metod-metod sedia ada memerlukan masa yang agak lama untuk membolehkan pelajar membaca Al-Qur’an. Masa belajar yang terlalu lama dan metod yang kurang menarik, mengakibatkan ramai murid tidak boleh membaca Al-Qur’an dengan baik, ataupun tidak boleh membaca langsung.

Adanya kelemahan-kelemahan terhadap metod yang sedia ada sebagaimana telah diterangkan di atas, dilengkapi oleh kurangnya kemahiran guru pendidikan Islam khasnya pangajaran Tilawah al-Quran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru kurang kreatif, inovatif serta mempunyai nilai sikap sederhana dan rendah terhadap amalan pengajaran itu sendiri. Sehingga pencapaian kemahiran Tilawah al-Quran murid tidak sesuai dengan objektif dan matlamat telah ditetapkan.

Hal ini diperkuat oleh beberapa kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik berkaitan dengan penguasaan tilawah al-Quran (Raihan 2000: Ramlan 2000; Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak; Farehan 2000; Ramli 2000 Mohammad Sabri 2001; Mohammad Naim 2003; Zulfah 2003; Mohd Aderi 2004) hasil kajian tersebut melaporkan rata-rata murid pada tahap yang lemah dalam penguasaan tilawah al-Quran.

(Wan Bakar 1998) masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran  pendidikan Islam timbul kerana kurangnya perkembangan ilmu dalam diri guru pendidikan Islam dan mutu pengajaran dan pembelajaran  pendidikan Islam masih berada ditahap yang rendah. Hal ini disokong oleh kajian Ab.Halim et al. (2004) menyatakan guru kurang melakukan aktifiti Talaqi dan Musyafahah semasa pengajaran Tilawah al-Quran.

Kajian penyelidik lainnya iaitu Mohd Alwi et al. (2003), Ab. Halim (2005) dan Ab. Halim et al. (2006) menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan murid dalam kemahiran membaca al-Quran. Tegasnya hasil kajian yang telah diajalankan mendapati bahawa, permasalahan kemahiran membaca al-Quran dikalangan murid berpunca bukan hanya dari kaedah yang digunakan, akan tetapi juga kelemahan daripada pihak guru sebagai orang yang bertanggung jawab dalam keberhasilan pelajar. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi 1990).

Menurut analisa penulis masalah ini timbul ekoran dari kelemahan sistem itu sendiri iaitu, guru lebih terfokus untuk menghabiskan silabus pembelajaran sehingga pencapaian kemahiran ke atas diri murid terlepas dari kawalan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlansung. Hal ini bertepatan dengan kajian Mohd Aderi (2004) tentang celik al-Quran dikalangan murid Tingkatan satu di Kuala Lumpur dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun 63% dari responden adalah mereka yang telah khatam al-Quran, namun tahap keseluruhan bacaan responden masih berada pata tahap sederhana dan lemah, hal ini bermakna walaupun sebahagiaan besar dari murid tersebut telah melalui khatam al-Quran akan tetapi belum jaminan mereka boleh membaca al-Quran mengikut kaedah yang benar dan baik.

4.0 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Metod Tartil

Dalam bab ini penulis akan menerangkan beberapa langkah praktis mengikut silabus yang terdapat pengajaran dan pembelajaran kaedah Tartil tersebut, penulis akan menerangkan secara ringkas dan sederhana agar kita mendapatkan gambaran umum secara keseluruahn isi buku metod tartil I dan II. Terdapat empat komponen asas yang menjadikan metod ini lebih praktis, menarik serta efektif berbanding dengan metod lain, iaitu:

(i)        Materi diberikan dalam bentuk lisan dan tulisan.

(ii)       Masa yang diperlukan hanya 27 kali pertemuan untuk Tartil I dan 22 kali pertemuan untuk Tartil II (1 kali pertemuan 45-60 minit). Dalam masa 4 Bulan murid/pelajar Insya Allah mampu membaca dan menulis Al-Qur’an dengan baik dan benar. Masa 4 bulan tersebut sudah termasuk masa untuk mengevaluasi, sekiranya ada diantara murid yang agak lambat belajar.

(iii)      Adanya materi wajib yang harus diberikan iaitu Seni Tartilul Qur’an.

(iv)     Adanya materi Menulis ayat al-Quran dengan baik yang telah disediakan lansung dalam buku yang digunakan.

Satu kali pertemuan murid/pelajar diajarkan 1 hingga 3 huruf Hijayyah, dimulai daripada Surat Al-Baqarah dan seterusnya. Murid tidak dibenarkan melanjutkan materi, sekiranya mereka belum dapat mengenal dan melafazkan huruf-huruf tersebut dengan betul. Murid disuruh mengulang kembali materi-materi yang dipelajari, diantaranya menulis huruf yang telah dipelajari. Dan  panduan cara menulis huruf dan ayat al-Qur’an telah disediakan dalam buku (Rujuk panduan Tartil I dan II). Menurut penulis model pembelajaran seperti ini sangat bertepatan dengan salah satu kaedah pembelajaran moden yang berkembang saat ini iaitu. pembelajaran Tutorial. Hal ini didukung oleh Muhibbin Syah (2002) menjelaskan model pembelajaran ini juga merangkumi pembelajararan ekspositori dimana seorang guru terlebih dahulu demonstrasi sesuatu materi atau fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem, latihan atau latihtubi yang disampaikan dan dikawal oleh system sedia ada.

Selanjutnya pada materi menulis al-Quran pula guru lansung membimbing murid bagaimana cara menulis huruf hijayyah dengan baik dan benar mengikut pelbagai seni dan standar Khatil Quran yang telah ditetapkan dalam penulisan ayat al-Quran. Keunggulan pada materi Lisan juga menjadi penekanan dalam metod ini, dimana guru dijadikan sebagai asas dalam pembelajaran murid dalam membimbing mereka untuk mampu dengan baik dan benar pengucapan huruf asas hijayyah sesuai dengan makhrajnya. Setelah pada tahap ini, Guru selanjutnya menuntun murid untuk dapat membaca al-Quran secara seni Tartilul Quran apabila murid telah mula belajar huruf-huruf yang berbaris.

Untuk lebih mengukuhkan murid-murid mengingat huruf-huruf dan meteri yang dipelajari, pada setiap kali pertemuan murid diberikan tugas dan evaluasi yang menyeronokan. Selanjutnya mereka juga diberikan tugasan untuk mereka kerjakan di rumah. Tugasan-tugasan tersebut tidak membebankan murid, malah mereka merasa seronok mengerjakannya, hal ini bertujuan untuk menambah kefahaman mereka  dengan huruf-huruf dan materi yang dipelajari setiap kali pertemuan. Tugasan-tugasan tersebut di evaluasi secara bersama-sama dengan murid yang lain. Kaedah ini lebih memperkukuhkan lagi materi-materi yang telah mereka pelajari.

Semenjak diperkenalkan metod ini tahun 1998 hingga sekarang,  lebih kurang 30 ribu murid Sekolah Rendah dan Menengah telah belajar menggunakan metod ini di Negeri Sumatera Barat, Indonesia. Murid-murid yang sebelumnya dikatakan sebagai murid yang lambat belajar (slow leaner) didapati telah berjaya membaca Al-Qur’an dengan baik. Daripada 27 kali pertemuan (1x pertemuan 45-60 minit) untuk Tartil I, murid telah mampu membaca dan menulis Huruf Al-Qur’an dengan baik. 22 kali pertemuan (1x pertemuan 45-60 minit) menggunakan Tartil II, murid telah mengenali ilmu tajwid praktis (mad, gunnah, wakaf dan ibtida’ dan seterusnya), yang membolehkan mereka membaca Al-Qur’an dengan berbagai macam seni Al-Qur’an sesuai dengan kemampuan dan bakatnya dimilikinya.

Dalam pembelajaran, guru terus menunjukkan cara membaca Al-Qur’an dengan seni, sehingga murid lebih mudah mempraktekkan ilmu tajwidnya, karena mereka ditunjukkan cara membaca dengan irama tartil. Melalui irama Tartil murid dapat belajar cara membaca Al-Qur’an mengikut kaedah yang betul, sebagaimana layaknya membaca Al-Qur’an tersebut. Membaca dengan seni menjadikan bacaan  terdengar lebih indah dan merdu. Saat murid membaca suatu surat dalam al-Qur’an murid lain berkesempatan untuk mendengar dan memperhatikan bacaan kawan mereka, sehingga pembelajaran jadi menyeronokan dan tidak membosankan.

Hal ini menurut penulis sangat berkesesuaian dengan teori pembelajaran kooperatif yang telah dipraktekkan dalam dunia pendidikan saat ini. Strategi pembelajaran kooperatif ini menunjukkan adanya keterkaitan antara satu pelajar dengan lainnya semasa berlansungnya pembelajaran sehingga membuat kelas menjadi positif yang pada akhirnya terjadi pembelajaran berkesan. Hal ini didukung oleh Spencer Kagan (1992) menjelaskan hasil kajian menunjukkan interaksi kompetitif dan kooperatif adalah bagian yang sehat dari penampilan tingkah laku seorang anak, dengan mengembangkan teknik-teknik kooperatif secara sengaja, para pendidik memiliki sasaran memperbaiki bias sosial dan pendidikan yang selama ini tidak disadari mendorong terjadinya kompetisi.

5.0 Kesimpulan

Al-Qur’an merupakan kitab suci pegangan umat Islam yang mesti diajarkan melalui pendekatan pendidikan dari generasi ke generasi. Kewajipan mempelajari dan mengajarkan Al-Qur’an ini merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan generasi penerus sentiasa menjadikan Al-Qur’an sebagai pegangan hidup mereka. Pendekatan pembelajaran Al-Qur’an mesti diselarikan dengan inovasi baru, mudah difahami, menyenangkan, efesien sehingga murid sentiasa berminat mempelajari Al-Qur’an tersebut.

Dengan adanya kaedah baru iaitu Metode Tartil Cara Cepat Membaca dan Menulis Al-Quran dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran, penulis berharap agar dapat memberi manfaat kepada pendidikan Islam untuk masa hadapan, secara umumnya kepada guru-guru pendidikan Islam khususnya bagi mereka yang mengajar Tilawah al-Quran. Oleh sebab itu guru hendaklah mempunyai kemahiran pedagogi Tilawah al-Quran yang tinggi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Tilawah al-Quran. Guru juga semasa mengajar Tilawah al-Quran perlu menanamkan sikap dan ciri guru al-Quran jika ingin memajukan pelajar dalam Tilawah al-Quran walaupun bidang ilmu ini tidak termasuk dalam peperiksaan yang terpaksa diduduki oleh pelajar. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru Pendidikan Islam agar para murid tidak berterusan lemah dalam penguasaan Tilawah al-Quran. Guru perlu bersikap tegas dalam pengajaran Tilawah al-Quran dengan memberi penekanan kepada setiap langkah pengajaran setiap kali pengajaran dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, amalan pengajaran guru dalam Tilawah al-Quran memainkan peranan penting demi menjamin penguasaan murid dalam kemahiran bacaan al-Quran dan lahirnya generasi celik al-Quran. Metode tartil Cara Cepat Belajar Membaca dan Menulis al-Qur’an” cuba menawarkan alternatif tersebut, iaitu dapat mempelajari Al-Qur’an dengan lebih cepat dan lebih berkesan dalam masa yang lebih pendek. Metode ini bukan hanya mengajarkan bagaimana membaca Al-Qur’an, tetapi juga mengajarkan cara menulis huruf yang baik dan benar sesuai dengan kaedah yang betul.

6.0 Rujukan

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1400H). Shahih al-Bukhari. Bayrut: Dar Ihya’ al-  Turath al-Arabi.

Ahmad Mohd Salleh. 1995. Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bh

Ab. Halim Tamuri. 2005. Isu-isu  dalam amalan pengajaran guru pendidikan Islam di  sekolah rendah dan menengah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-4. Fakulti pendidikan. University Kebangsaan Malaysia

Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul       Rahim & Khadijah Abdul razak. 2004. Keberkesanan Kaedah pengajaran dan  pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan Pendidikan University Kebangsaan Malaysia dan Bahagian   Pendidikan Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ab. Halim Tamuri. 2006. Modul Pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran: pendekatan masa kini: Konvensen pensarah tahfiz peringkat kebangsaan. University Kebangsaan Malaysia.

Gazhali. 2008. Metode Tartil I Cara Cepat Membaca dan Menulis Al-Quran . CV. Najwa. Padang.

———. Tajwid Praktis Metode Tartil II Cara Cepat Membaca dan Menulis Al-Quran CV. Najwa. Padang.

Hamid Fahmy Zarkasy. 1990. Pemikiran Al Ghazali Tentang Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka dan Bahasa.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Modul pengajaran Pendidikan Islam. Kualan Lumpur. Dewan Pustaka dan Bahasa.

Mohd Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran dikalangan pelajar tingkatan satu. Zon Pudu   Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan. University Kebangsaan Malaysia.

Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34 (1): 93-   109

Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. 2003. Keberkesanan    Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran Al-Quran. Prosiding Semasa Pengajian   Quran Sunah: 101-114. Fakulty Pengajian Quran Sunnah: Kolej University Islam Malaysia

Muhibbin Syah. 2002. Psikologi Pendidikan Dengan Pendekatan Baru. Bandung: Rosda Karya

Spencer Kagan. 1992. Cooperative Learning, Resources For Teachers. Journal   Transforming   News. ACSI. Indonesia.

 

anda boleh kirim Email ke andress atau menghubungi nomor HP diatas sekiranya berminat untuk mengaplikasikan Metode TARTIL CARA CEPAT MEMBACA DAN MENULIS AL-QURAN” disekolah, majelis atau dirumah, metod ini praktis, efesien dan menyeronokan jika di aplikasikan terhadap murid yang Slow Linner.

 

Telah Terbit on April 26, 2010 at 8:25 am  Tinggalkan sebuah Komentar  

The URI to TrackBack this entry is: http://engkizarquran.wordpress.com/metode-tartil-solusi-permasalahan-belajar-al-quran-anda-dan-buah-hati-tercinta/trackback/

Umpan RSS untuk komentar-komentar pada pos ini.

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: