KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA AL-QURAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MEMBACA AL-QURAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Oleh

ENGKIZAR SIQ. SPd.I

(P51186)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2011

ABSTRAK

Tulisan ini bukanlah hasil sebuah kajian, tetapi merupakan sebuah analisis konten dari penulis tentang perkembangan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari waktu kewaktu, disamping itu dibicarakan juga kepentingan belajar dan mengajarkan al-Quran berdasarkan dalil al-Quran dan Hadits, sebagai pendukung dan sokongan hujah atau pendapat dalam tulisan ini penulis juga menyertakan hasil-hasil kajian pendidikan Al-Quran yang telah dijalankan peneliti/penyelidik baik di Malaysia maupun di Indonesia, perlu penulis tegaskan bahwa, salah satu perkara yang agak banyak dibicarakan dalam tulisan ini ialah tentang Metode Tartil yaitu sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif baru berbanding kaedah lainnya. Selanjutnya juga dibincangkan hasil kajian faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

1.0  PENGENALAN

Allah S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan lilalamin iaitu rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W berbekalkan mukjizat yang paling agung iaitu al-Quran dengan tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup kepada seluruh umat manusia. Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W diajarkan membaca al-Quran (al-Buti, 1991)

Adapun al-Qur’an ialah qara’a yang mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun. Selain itu, disebut juga sebagai qira’ah beerti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Qur’an pada mulanya seperti qira’ah iaitu masdar (infinatif) dari kata qara’a, qira’atan dan qur’anan (Manna’ Khalil al-Qattan, 1992)

Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hadis:

”…Tidak berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca ayat-ayat al-Quran dan mempelajarinya melainkan turun ke atasnya ketenangan, diliputi dengan rahmat Allah dan Allah sentiasa menyebut mereka” (al-Qushairi, 1995)

Menurut Ibnu khaldun (2002) dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa “al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak”. (Yusof Qardhawi, 2010) menegaskan diantara manfaat membaca dan menghafal Al Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.

Quraish Shihab (2004) menyatakan bahawa, Allah s.w.t memuliakan umat Islam dengan kitab al-Quran sebagai kalam terbaik. Dalam al-Quran telah dikumpulkan segala yang diperlukan oleh manusia berbentuk kisah terdahulu, nasihat-nasihat, pelbagai perumpamaan, adab, kepastian hukum, hujah-hujah yang kuat dan jelas sebagai bukti keesaan-Nya. Allah s.w.t mewajibkan manusia supaya bersikap baik terhadap kitab-kitab-Nya, termasuk perlakuan ini adalah menjelaskan adab-adab pembaca, membimbing mereka melaksanakan ajaran al-Quran serta megingatkan manusia dengan nasihat-nasihat yang baik (Anis Ahmad, 2004)

Tegasnya, Al-Quran diturunkan untuk kepentingan seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa. Isi al-Quran menjadi sumber asas kepada manusia untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan dunia apatah lagi akhirat. Untuk mencapai hasrat tersebut manusia perlu menyelami al-Quran melalui belajar membaca, mengahafaz, memahami serta mengamalkannya.

1.2       KEPENTINGAN BELAJAR DAN MENGAJAR Al-QURAN

Kepentingan mempelajari serta mengajarkan al-Quran suatu yang tidak dapat dipertikaikan lagi kerana ia merupakan sumber asas dalam pembinaan manusia. selanjutanya Mohd Ali (1991) dan Haron Din (1992) membaca al-Quran adalah ibadah yang diberi pahala oleh Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul serta mengikut kaedah bacaan dan hukum tajwid. hal ini selaras jika dirujuk kepada beberapa hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang kepentingan pendidikan al-Quran diantaranya yang bermaksud:

            “Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran, kerana orang-orang yang memelihara     al-Quran itu berada dalam lindungan singgasana Allah pada hari ketika tidak  ada perlindungan selain daripada perlindunga-Nya; mereka berserta para     nabi-Nya dan  orang-orang suci.(Ath-Tabrani)

 Manakala pada riwayat lain. Daripada Uthman bin ‘Afan r.a berkata: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada orang lain.          (Riwayat Bukhari)

(al-Nawawi, 1995). menjelaskan takrifan hadis ini adalah tentang seseorang yang paling mulia disisi Allah s.w.t. ialah mereka yang mempelajari al-Quran dengan sebaik-baiknya dan kemudian mereka mengajarkan pula kepada orang lain. Maksud mempelajari disini bukanlah hanya sekadar belajar tetapi lebih mempelajari. Iaitu belajar memahami serta mengamalkan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Memahami pandangan dan Hadis di atas. Tegasnya matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagai seorang individu yang boleh berjaya ditengah-tengah kehidupan masyarakat. Manakala bagi seorang muslim mewariskan al-Quran kepada generasi selanjutnya merupakan tugas dan tanggung jawab. Serta mempelajari serta mampu mengajarkan bagi seorang yang mempunyai ilmu dibidang al-Quran merupakan amalan pekerjaan yang terpuji lagi mulia.

Meskipun begitu, kesalahan dalam membaca al-Quran akan menyebabkan satu dosa kepada pembacanya. Ini selaras dengan apa yang dinyatakan melalui sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Berapa ramai orang membaca al-Quran sedangkan al-Quran sendiri melaknatinya(Al-Bukhari dan Muslim)

Kesalahan dalam pembacaan ini disebabkan kelalaian mengenal pasti makhraj huruf, hukum tajwid, kelancaran bacaan dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran. Oleh itu Islam menuntut agar umatnya memahami konsep mempelajari al-Quran dengan menguasai bacaan, kefahaman, penghayatan, hafazan, taranum dan meneruskan pengajaran kepada generasi selanjutnya (al-Badry 1983, Mohd Yusuf 2000).

            (Mohd Zulkifli dan Mohd Yusoff 2008) Menyatakan kegagalan membaca al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim. Antara kesan buruk tersebut ialah

1. Tidak sah solat dan tidak sempurna badah-ibadah yang lain yang melibatkan bacaan al-Quran

2. Secara tidak lansung seseorang tidak memuliakan al-Quran, kerana melanggar hukum dan etika yang telah diatur dalam pembacaan al-Quran.

(Abdul Halim El-Muhammady 1991) Membaca al-Quran dengan betul penting untuk menentukan ibadah yang dilakukan sah atau tidak sah. Oleh itu mempelajari dan membaca al-Quran mestilah secara musyafahah iaitu diterima dari mulut ke mulut, seperti Rasulullah s.a.w. menerima al-Quran dari Jibril. a.s

Kesimpulannya, membaca al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap individu muslim kerana al-Quran akan mendatangkan pelbagai manfaat terhadap pembacanya, namun mempelajari kaedah dan tata cara dalam pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti dipenuhi, disamping hukuman mendapat gajaran dosa, kesalahan dalam membaca al-Quran akan menentukan sah atau tidak sahnya ibadah yang dilakukan oleh seseorang tersebut. Oleh itu seseorang mesti secara berterusan mempertingkatkan ilmu tilawah al-Quran agar lidah sentiasa terpelihara diwaktu kita membaca.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar dan teragung dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril. Kemudian Nabi S.A.W diperintahkan Allah S.W.T agar menyampaikan kepada seluruh manusia. Adapun isi kandungan al-Quran sarat dengan petunjuk yang akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi akhirat.

Al-Quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan yang penting sebagai sumber dan panduan yang dapat menyelesaikan pelbagai persoalan dan memenuhi segala kehendak manusia (Hanafi Mohamad, 1996). Pendidikan al-Quran adalah mencakupi semua pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan sepanjang usianya. “Kehidupan dunia ini” adalah diumpamakan  sebagai menjalani satu perjalanan untuk persiapan kepada kehidupan yang lebih baik iaitu di akhirat. Kerana itulah pendidikan al-Quran mengandungi kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang secara serentak (Wahbah az-Zuhaili, 2005).

Melalui al-Quran, Allah S.W.T mendidik manusia supaya percaya kepada Allah sahaja  sebagai Tuhan yang patut disembah dan meminta pertolongan, iaitu dari segi Uluhiyyah dan Rubbubiyyah kerana Allah S.W.T sahajalah yang berkuasa (Mohd Yusuf Ahmad, 2000). Ini juga ditegaskan melalui firman Allah S.W.T  di dalam surah al-Baqarah ayat 21 yang bermaksud:

“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa “(Mahmud Yunus)

Dengan demikian manusia dituntut untuk meyakini dan mengimani bahawa kitab suci al-Quran ini adalah kepunyaan Allah S.W.T dan bukan dicipta oleh Rasulullah S.A.W atau pun makhluk lain. Justeru itu, al-Quran wajar diangkat sebagai teras dan sumber rujukan utama yang mendasari seluruh aspek kehidupan dan diyakini sepenuh hati kebenarannya. Sebagai khalifah Allah S.W.T setiap muslim berkewajipan memikul dan melaksanakan segala apa yang ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran. Ini selari dengan firman Allah S.W.T dalam surah al Baqarah,  ayat 147 yang bermaksud:

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah engkau termasuk orang-orang bimbang”.(Mahmud Yunus)

Selanjutnya Matlamat Pendidikan al-Quran dengan jelasnya membuktikan bahawa ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya mampu memberi kejayaan dalam pelbagai penyelidikan. Ahli sains mengambil al-Quran sebagai asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum daripada al-Quran, ahli falsafah membicarakan falsafah dalam al-Quran dan ahli pendidikan pula mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan matlamat pendidikan (Mohd Yusuf Ahmad, 2004) dan ajarannya bukan sahaja membuka jalan kepada manusia untuk mengawal dan menghayati segala kebaikannya malah menjadi asas untuk meninggikan kekuatan iman dan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T di samping membentuk akhlak dan peribadi mulia sebagai khalifah Allah di bumi yang fana ini.

Al-Quran mempunyai kelebihan yang sangat banyak dan tinggi di sisi Allah S.W.T dan tuntutan mempelajari serta mengajarnya kepada orang lain juga sangat besar pahalanya. Oleh sebab itu al-Quran itu sendiri mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu berbanding dengan kitab-kitab lain. Membaca al-Quran, mempelajari, mengajarkannya serta mengulang-ulangkannya akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada Allah S.W.T (Wahbah az-Zuhaili, 2005). Ini kembali ditegaskan oleh Allah Allah S.W.T melalui firmannya dalam surah al-Isra’ ayat 9. yang bermaksud:

“Sesungguhnya al-Quran ini menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan (‘amalan)  yang saleh; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar “.(Mahmud Yunus)

Membaca al-Quran adalah ibadat yang diberi pahala oleh Allah S.W.T kepada pembacanya. Membaca al-Quran sangat digalakkan kepada umat Islam sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan. Perkara ini telah dinyatakan Rasulullah S.A.W melalui Hadis riwayat al-Thirmizi yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka satu huruf yang dibaca itu akan digandakan satu kebajikan, dan satu kebajikan itu akan digandakan menjadi sepuluh kebajikan. Aku tidak mengatakan Alif  Lam Mim satu huruf, tetapi alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat al-Thrmizi).

Kesimpulannya, kepada mereka yang terlibat dan bertanggung jawab dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran seperti guru al-Quran, para pendidik di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi mesti mendalami dan menyelami segala keistimewaan dan kelebihan yang terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dalam usaha untuk disampaikan kepada murid dengan pendekatan yang tepat dan lebih berkesan lagi. Manakala bagi para pendidik dan guru al-Quran, mereka haruslah menyelami segala kelebihan al-Quran kemudian menyampaikan kepada para murid dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk menyuburkan minda, cintakan al-Quran serta suka untuk mendengar, membaca dan mempelajari al-Quran.

Tegasnya, kewajiban seorang muslim dalam belajar dan mengajarkan al-Quran  telah begitu terang dijelaskan oleh Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W . Justeru, kewajiban yang dimaksud tidak hanya terhad kepada mendapatkan kabaikan dan pahala sesuai dengan janji oleh Allah S.W.T. mahupun anjuran sebagaimana dinyatakan Rasuluhlah S.A.W melalui hadis riwayat Ahmad yang bermaksud.

“bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang dihari kiamat  memberi syafaat kepada pembacanya” (Riwayat Ahmad).

Namun kawajiban yang dimaksud juga meliputi tugas dan tanggung jawab sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi yang telah diamanahkan untuk memelihara, menyiarkan al-Quran dan menegakkan agama Allah S.W.T. 

1.3       SEJARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Al-QURAN

Perbincangan sejarah pengajaran al-Quran adalah merujuk kepada tinjauan pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang berlansung di zaman permulaan Islam.

1.3.1    Pengajaran dan pembelajaran Al-Quran Zaman Rasulullah S.A.W

Sejarah pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an menurut Al-Buti (1991) dan Mohd Yusuf (2000) bermula ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang beribadat di Gua Hira’. Baginda dilantik menjadi pesuruh Allah secara resmi dengan turunnya ayat al-Qur’an yang pertama. Dengan perutusan kenabian ini, maka bermulalah pendidikan yang bersumberkan wahyu. Hal ini jelas berdasarkan surah al-‘Alaq yang mengandungi perkataan Iqra’ yang memberi erti belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Bacaan yang diajar oleh Jibril a.s dan dibaca oleh Rasulullah S.A.W bukan semata-mata bacaan, tetapi ia dilakukan untuk diikuti dan difahami sehinggakan Rasululullah S.A.W apabila diturunkan wahyu kepadanya, baginda tidak henti-henti menggerakkan lidah dan bibirnya sehingga Allah S.W.T melarangnya berbuat demikian. Allah S.W.T memberi jaminan kepada rasul-Nya berkaitan amalan menghafal al-Qur’an dan membetulkan bacaan rasul-Nya. Hal ini diterangkan oleh Allah S.W.T melalui firmannya dalam Surah al-Qiamah, ayat 16 dan 17 yang bermaksud :

“Janganlah engkau (ya Muhammad) menggerakkan lidah engkau dengan Qur’an supaya bersegera membacanya (ketika dibacakan jibril kepada engkau). Sesungguhnya Kami menghimpunkannya (dalam dadamu) dan (menetapkan) bacannya (dilidahmu).” (Mahmud Yunus)

Berdasarkan ayat diatas jelas menunjukkan bimbingan Allah S.W.T kepada rasul-Nya tentang kaedah mempelajari al-Qur’an melalui malaikat Jibril a.s. Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an pada peringkat awal ini, Jibril a.s sebagai guru, membaca kepada Nabi S.A.W dan baginda diminta supaya mendengar dan memerhatikan bacaan Jibril a.s. Rasulullah S.A.W semasa melalui proses bacaan al-Qur’an ini baginda tidak tergopoh-gapah dalam bacaan dan hanya mengikuti bacaan al-Qur’an apabila malaikat Jibril a.s selesai membacanya. Proses ini berlaku apabila keadaan sebelumnya Rasulullah S.A.W tergopoh-gopoh dalam bacaan akibat tekanan suasana yang cemas kerana pengalaman yang baru dihadapi dengan kedatangan malaikat Jibril a.s (Al-Buti, 1991).

Rasulullah S.A.W dalam mempelajari al-Qur’an amat memerlukan pertolongan Allah S.W.T kerana sebenarnya dalam mempelajari al-Qur’an berbeza dengan mempelajari sesuatu yang lain. Allah S.W.T telah memberi jaminan kepada rasul-Nya bahawa al-Qur’an yang dibaca oleh Nabi Muhammad S.AW tidak akan dilupai selama-lamanya. Dengan jaminan ini, maka setiap kali Jibril a.s datang membawa wahyu kepada Rasulullah S.A.W, baginda mendengarnya dengan penuh perhatian dan apabila Jibril a.s selesai, Nabi membacanya sebagaimana Jibril a.s membacanya.

Nabi Muhammad S.A.W memulakan pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an di rumah baginda sendiri, kemudian beliau juga mengajarkan al-Quran dirumah al-Arqam bin Abi Arqam dalam usaha membentuk peribadi para sahabat. pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an ini seterusnya berkembang ke Madinah dengan adanya rombongan dari Madinah yang datang berjumpa Rasulullah S.A.W dan beriman kepada baginda yang seterusnya memperkembangkan ajaran al-Qur’an di sana. Setelah Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah, pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an berterusan di rumah baginda dan seterusnya di Masjid Nabawi. Ramai di kalangan para sahabat yang berguru secara langsung dengan Rasulullah S.A.W. Mereka mempelajari al-Qur’an secara hafalan daripada Rasulullan S.A.W hingga lahirlah kumpulan huffaz yang terkenal, Abu Bakar, Uthman, Ali Ibn Mas’ud, A’ishah dan Hafzafsah (Al-Buti 1991). Tegasnya pada peringkat ini para sahabat masih meneruskan kaedah yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W dengan Jibril dalam pendidikan al-Quran. Melalui kaedah hafalan ini telah berjaya melahirkan ramai mereka yang mampu membaca dan mengahafal al-Quran.

Menurut al-Sabuni (1985) bahawa jika sesiapa berjalan pada waktu malam di Madinah melalui rumah-rumah para sahabat, akan kedengaran dengungan yang kuat seperti bunyi lebah dalam sarangnya. Itulah dengungan sahabat yang sedang membaca al-Quran. Seterusnya sahabat-sahabat menyampaikan pula kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Kesimpulannya, terdapat empat langkah pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah S.A.W iaitu pertama, membaca al-Quran dengan betul. Rasulullah S.AW. membaca al-Quran secara talaqi-musyafahah dengan malaikat Jibril a.s. Maka dengan cara ini jugalah baginda S.AW. mengajarkannya kepada para sahabat. Kedua, menerangkan maksud. Hal ini bertujuan untuk memahami apa yang terkandung di sebalik ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Ketiga, menghafaz. Selain ayat-ayat al-Quran ditulis di pelepah-pelepah tamar, tulang dan kulit terdapat juga para sahabat yang menghafal ayat al-Quran. Keempat, mengamalkan ajaran al-Quran berdasarkan ajaran yang difahami daripada ayat yang dihafal.

 Berdasarkan perbincangan tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah S.A.W, jelas memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan dilakukan untuk memastikan kelansungan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara hafazan diteruskan lagi pada zaman sahabat untuk menjamin agar al-Quran berkekalan. Al-Quran yang telah dipelajari oleh sahabat telah berjaya melahirkan ramai para huffaz. Para sahabat menggunakan kaedah hafalan bukan sahaja terhad kepada pendidikan al-Quran, malah pendidikan Hadis dan ilmu-ilmu juga terikut dengan cara yang sama. Oleh itu, kaedah hafalan adalah merupakan satu kaedah yang penting dalam mempelajari al-Quran di zaman sahabat. Kaedah ini berjaya melahirkan golongan sahabat yang menjiwai al-Quran sepanjang hayat.

Tegasnya, pengajaran dan pembelajaran al-Quran dimulai dengan cara para guru memperdengarkan bacaan surah-surah pendek dan murid mengulanginya beberapa kali bersama guru sehingga terlekat dalam ingatan. Proses ulangan, hafalan dan ingatan ini sangat sesuai lebih-lebih lagai pada peringkat kanak-kanak kerana ia dapat menanam benih ketakwaan dan keikhlasan pada diri mereka.

2.0       KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Al-QURAN.

Kaedah dalam perbicangan ini merujuk kepada pandangan Mohd Athiyah al-Abrasyi dalam karya beliau yang bertajuk Ruh al-Tarbiyyah wa al-Ta’alim. Iaitu jalan yang diikuti oleh murid untuk memudahkan kefahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ahmad 2004). Tegasnya kaedah pengajaran dan pembelajaran ialah metode serta perancangan materi yang disusun sebelum seseorang guru memasuki kelas dan dilaksanakannya kegiatan tersebut di dalam kelas.

2.1       Kaedah Al-Baghdadiyah

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu Negara Iraq dan diperkenalkan di Indonesia seiring dengan kedatangan saudagar dari Arab dan India yang singgah di Kepulauan Indonesia (Mohd Zainul 2008). Manakala menurut (Komari 2008) menjelaskan kaedah ini sudah bermula dari pemerintahan khalifah Bani Abbasiyah dan di Indonesia kaedah tersebut telah diperkenalkan pada awal tahun 1930an sebelum kemerdekaan. Kaedah ini juga dikenal dengan kaedah sebutan “eja” atau latih tubi, tidak diketahui pasti siapa pengasasnya.

Pendekatan yang digunakan oleh kaedah ini adalah pelbagai iaitu daripada yang konkrit kepada abstrak, daripada yang mudah kepada kompleks, daripada yang umum kepada yang khusus. Secara amnya terdapat tujuh belas langkah yang mesti dilalui murid selama mengikuti pengajaran dengan kaedah ini. Jika diperhatikan terdapat beberapa karakteristik dan tarikan-tarikan tertentu dalam strategi pengajarannya. Misalnya, 30 huruf hijaiyah akan selalu ditampilkan kepada murid di setiap langkah yang dilalui selama pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan agar huruf-huruf  tersebut menjadi tumpuan ke atas murid pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlansung, pada setiap langkah guru akan memperdengarkan kepada murid pelbagai variasi bunyi sehingga pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Tegasnya, kaedah al-Baghdadiyah merupakan sebuah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran yang boleh menghantarkan murid untuk boleh membaca al-Quran. Walau bagaimanapun menurut (Qomari, 2008) terdapat beberapa kelemahan kaedah ini diantaranya: (i) memerlukan masa yang lama untuk menghantarkan murid boleh membaca al-Quran (ii) penyampaian materi terkesan berulang-ulang dengan pola yang sama setiap kali pertemuan sehingga murid akan cepat jenuh dan bosan (iii) tidak ada buku  panduan khusus bagi guru sehingga matlamat pengajaran dan pembelajaran kurang tercapai.

2.1.1    Kaedah Qira’ati

Kaedah Qira’ati ditemukan oleh KH Dachlan Salim Zarkasy di Semarang Jawa Tengah Indonesia pada awal tahun 1970. Latar belakang pengasas menulis kaedah ini ialah, bahawasanya semenjak dari tahun 1960 beliau mengajar al-Quran belum terdapat sebuah kaedah yang boleh dijadikan panduan tetap bagi guru dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Beliau menyatakan kaedah yang sedia ada. Misalnya, al-Bagdadiyah terlalu mengandalkan dari segi hafazan murid, disamping itu kaedah tersebut juga belum mengajarkan sebuah standar membaca al-Quan seperti at-Tartil. (Kementerian Agama Indonesia 1994)

Pada tahun 1986 beliau menerbitkan buku pertama dengan judul Pelajaran Membaca al-Quran. Buku tersebut terdiri dari  enam jilid iaitu siri satu sampai enam dan beliau menyatakan bahawa “tidak semua orang boleh mengajarkan kaedah Qira’ati akan tetapi semua orang boleh pandai membaca al-Quran dengan Qira’ati”. Dalam perkembangannya kaedah ini dapat diterima oleh masyarakat luas baik di Indonesia mahupun di luar Negara.

Kaedah ini sangat baik kerana membolehkan murid menguasai bacaan al-Quran dengan cepat. Pada awal tahun 1980 sehingga 1995 kaedah ini hampir digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran diseluruh Indonesia. Walaubagaimanapun menurut (KH Dachlan 1986) pengajaran dan pembelajaran al-Quran akan kurang berkesan sekiranya jumlah murid dalam sesuatu kelas terlalu ramai menyebabkan guru tidak sempat memberi bimbingan berkesan keatas setiap murid dalam sesuatu pengajaran.

 

2.1.2    Kaedah Iqra’

Kaedah Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran yang disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah lama. Misalnya, al-Bahgdadiyah, ini bertujuan agar murid dapat belajar membaca al-Quran dalam waktu yang lebih singkat dan cepat. Kaedah ini disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj. As’ad Humam (Pengarah Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta). (Mohd Alwi Yusoff et.al 2008).

Pada mulanya beliau juga menggunakan kaedah al-Baghdadiyah, ia kemudian menggunakan kaedah Qira’ati selama tiga tahun. Setelah melalui percubaan dan peyelidikan yang mendalam beliau menemukan beberapa perkara yang masih perlu disempurnakan untuk kepentingan muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran. Setelah beliau bincangkan dengan pihak penyusun kaedah Qira’ati, ternyata kurang memberi sambutan yang baik, pihak kaedah Qira’ati tetap berpegang kukuh dengan cara yang sudah disusunnya. Atas dasar itu, setelah tidak berjaya mengadakan penyempurnaan, ia menulis dan menyusun sendiri buku Iqra’ tersebut (Usep Fathudin 1994).

Mohd Jazir (1994) menyatakan pada awal perkembangannya. Kaedah ini digunakan dalam Majelis Tadarus Remaja di wilayah Yogyakarta dan wilayah persekitarannya yang berpusatkan di Masjid dan Musholla. Kegiatan ini diadakan seminggu sekali, kerana kaedah ini mendapatkan sambutan yang baik di kalangan masyarakat, maka pada masa itu ditubuhkan 600 majelis pengajian al-Quran yang diikuti oleh semua lapisan masyarakat dari peringkat anak-anak hingga orang dewasa.

Pengkaji menilai terdapat 10 karakteristik dari kaedah Iqra’ iaitu; (i) bacaan terus (tanpa analisa dan dieja) ertinya murid tidak diperkenalkan nama-nama huruf hijayiyah namun murid lansung diperkenalkan dengan bunyi kalimat yang diambil dari ayat al-quran. (ii) penggunaan teks tertentu iaitu; pada setiap pengajaran dan pembelajaran guru menggunakan satu set buku yang mengandungi enam juzuk. (iii) guru menggunakan teknik pengajaran cara belajar murid aktif (CBMA) murid dijadikan “Student Center” berpusatkan kepada murid. (iv) Talaqqi Musyafahah, dalam pengajaran dan pembelajaran murid berdepan lansung dengan guru. (v) tahap berasaskan pencapaian individu, masing-masing murid akan mempunyai rekod pencapaian belajar yang akan dinilai guru pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran. (vi) seorang guru akan membimbing lima atau enam orang murid dalam satu masa, jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil murid tertentu untuk menjadi penunjuk ajar dan penyemak bagi murid lain diperingkat bawah. (vii) praktis, murid hanya diajarkan dengan sebutan sampai boleh membaca dengan baik dan tepat, tanpa diperkenalkan dengan teori tajwid. (viii) sistematik, silabus tersusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan letak yang seimbang. (ix) komunikatif, adanya panduan yang tersedia bagi guru sehingga pembaca mudah memahami dan bagi murid menyeronokkan jika mereka mempelajarinya. (x) kelenturan dan mudah, boleh dipelajari oleh sesiapa, bermula dari kalangan kanak-kanak usia pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan bahkan peringkat dewasa.

Kesimpulannya. Kejayaan yang dicapai kaedah Iqra’ telah tersebar luas di Indonesia, mahupun Negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Di Malaysia kaedah Iqra’ dijadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran di sekolah-sekolah seluruh Negeri. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Alwi Yusoff et.al (2003) tentang keberkesanan kaedah Iqra di 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di bawah kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah sekolah agama swasta. Secara keseluruhan mereka menyatakan kaedah Iqra pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.

2.1.3    Kaedah Al-Barqy

Kaedah Al-Barqy ditemukan dan ditulis oleh Muhadjir Sulthon (Pensarah Fakulti Adab Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel) Surabaya Jawa Timur Indonesia pada tahun 1965. Pada awal perkembangannya kaedah ini digunakan untuk murid sekolah rendah Islam at-Tarbiyah Surabaya. Setelah kaedah ini berjaya digunakan selama beberapa tahun di sekolah-sekolah rendah Surabaya. Maka tahun 1978 pengasas kaedah ini menulis buku pengajaran al-Quran dengan judul cara cepat mempelajari Bacaan al-Quran al-Barqy (Komari 2008).

Untuk lebih memperkukuhkan serta meperkenalkan lagi kaedah ini terhadap masyarakat, Muhadjir Sulthon menubuhkan sebuah lembaga dengan mengambil awalan namanya sendiri iaitu Muhadjir Sulthon Manajemen (MSM). Tujuan ditubuhkannya lembaga ini ialah, untuk membantu program pemerintah dan kerajaan di Indonesia dalam memberantas buta baca tulis al-Quran dan membaca huruf jawi di daerah persekitan Surabaya. Kementerian Agama Republik Indonesia (1998). Hal ini disokong oleh kajian (Muslim, 2008) tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dengan menggunakan kaedah al-Barqy di Taman Pendidikan Al-Qur’an Nurut-Taqwa Malang. Hasil kajian melaporkan setelah diadakan ujian post terhadap responden kajian secara keseluruhan. Pencapaian murid berada pada tahap yang membanggakan.

Kaedah ini disebut dengan “anti lupa”. Kerana mempunyai susunan materi yang apabila murid lupa dengan huruf-huruf yang telah mereka pelajari sebelumnya, maka ia akan dengan mudah dapat mengingat kembali dengan bantuan guru dan pelbagai strategi yang telah sedia ada di dalam buku tersebut. Beberapa karakteristik kaedah ini ialah (i) murid tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai kepada akhir materi buku. Kerana cukup satu siri buku sahaja untuk sampai kepada tahap kemahiran al-Quran. (ii) kaedah ini menggunakan satu siri sahaja sehingga biaya yang dikeluarkan mendapatkan dan mempelajari kaedah ini amat murah berbanding kaedah-kaedah yang lain. (Komari 2008)

Walau bagaimanapun, sepanjang bacaan dan pengamatan pengkaji. Meskipun kaedah al-Barqy telah lama ditemukan dan menjadi sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang telah berjaya. Kaedah ini tidak begitu popular di Indonesia mahupun luar Negara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam seperti al-Bahgdadiyah, Qiro’ati dan Iqra. Namun di Malaysia kaedah ini masih lagi digunakan di beberapa sekolah di Negeri Selangor yang pengkaji temui, seperti sekolah Sri Al-Amin Sungai Tangkas Bangi. Pada masa tersebut pengkaji berkesempatan mengajarkan kaedah Tartil dalam kelas pemulihan al-Quran di sekolah tersebut. 

3.0       METODE TARTIL

Perbincangan ini akan menerangkan secara singkat tentang metode tartil yang meliputi. (i) Pengenalan metode tartil. (ii) perkembangan dari semasa kesemasa. Pengkaji perlu menjelaskan perkara di atas mengingat bahawa, metode tartil merupakan sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif baharu dan belum banyak dikenal oleh guru-guru pendidikan Islam sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia.

3.1       Pengenalan Metode Tartil

Metode Tartil ditemukan dan ditulis oleh Hj. Gazali Pada awal tahun 1993. Beliau adalah Pensyarah Al-Quran Sekolah Tinggi Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Quran (STAI-PIQ) Negeri Sumatera Barat, Indonesia. Pada mulanya metode ini dinamakan “Metode Cepat dan Praktis Membaca al-Quran”. Latar belakang diperkenalkan metode ini adalah setelah melihat fenomena metode pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang berkembang saat ini. Diantaranya adalah metode al-Baghdadiyah, Qira’ati, Iqra’ Al-Barqy dan Basmallah. Hasil dari kajian yang beliau dapati, masih terdapat kekurangan-kekurangan yang perlu diperbaiki, antaranya dari segi masa pembelajaran dan kecenderungan sikap minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran (Gazali, 1995)

Beliau menambahkan metode pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang berkembang saat ini belum dapat memberantas buta baca tulis al-Quran di kalangan murid-murid, metode-metode yang sedia ada juga belum mampu memberi hasil yang baik untuk membolehkan murid membaca Al-Quran. Perkara sedemikian disebabkan murid merasa jenuh dan bosan kerana mereka memerlukan masa yang lama untuk boleh mahir membaca al-Quran, disamping itu metode yang kurang menarik juga merupakan faktor penyumbang kegagalan pengajaran dan pembelajaran al-Quran seingga pada hari ini masih rmai lagi murid tidak boleh membaca al-Quran dengan baik, bahkan ada juga yang langsung tidak boleh membaca al-Quran. (Gazali, 2007)

Setelah mendapatkan saranan dan nasihat daripada pihak Kementerian Pendidikan dan Masyarakat di Bandar Padang, beliau pun bersetuju untuk membukukan metode tersebut dengan tujuan supaya metode ini dapat dikenal oleh masyarakat dan menjadi panduan bagi guru-guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan al-Quran di Bandar Padang. Setelah metode tersebut ditulis dalam bentuk naskah, ianya kemudian dihantar ke PT Angkasa Raya Bandar Padang untuk dicetak. Pada mulanya pihak percetakan mengabaikan naskah tersebut selama setahun. Mereka meragui keberhasilan metode tersebut kerana metode tersebut belum pernah digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Untuk meyakinkan pihak percetakan, maka Hj. Gazali bersedia membuktikan kelebihan metode beliau dengan mengajarkan kepada anak pemilik percetakan PT Angkasa Raya. Pemilik kilang itu pun bersetuju dan akhirnya Hj. Gazali berjaya membimbing anak pemilik kilang itu sehingga dia mahir membaca dan menulis al-Quran dengan hasil baik dan masa yang lebih singkat. (Gazali, 1995)

Disebabkan keberhasilan beliau mengajarkan metode Tartil kepada anak pemilik kilang tersebut, maka pada tahun 1995 pihak percetakan Angkasa Raya bersedia menerbitkan metode Tartil tersebut dalam bentuk sebuah buku yang berjudul “Tartil Belajar Membaca Al-Quran, Cepat dan Praktis”. Semenjak dari itu, metode tersebut mulai digunakan oleh guru-guru pendidikan al-Quran yang berkhidmat di Taman Pendidikan Seni al-Quran (TPSA) Bandar Padang. (Gazali, 1995)

 Setelah metode Tartil digunakan selama dua tahun di pelbagai lembaga pengajaran dan pembelajaran al-Quran di Bandar Padang. Pada tahun 1997 penulis melengkapkan metode tersebut dengan membukukannya kembali dan diberi judul “metode Tartil 2 Ilmu Tajwid Praktis”. Buku metode Tartil siri 2 tersebut dijadikan sebagai buku pegangan kedua bagi murid setelah mempelajari buku siri satu. Kini buku tersebut telah menjadi dua buah siri dengan judul “Metode Tartil 1 Belajar Membaca dan Menulis Al-Quran” dan “ Metode Tartil 2 Ilmu Tajwid Praktis”. (Gazali, 1995)

Adapun metode Tartil siri satu mempunyai materi pengenalan huruf  asas dari setiap huruf hijaiyah, membaca huruf berbaris satu, membaca huruf bertandi mati (sukun), membaca huruf bertandi tasydid (musyaddad) dan membaca huruf yang berbaris dua (tanwin). Manakala  buku siri metode Tartil dua pula, murid akan diajarkan dengan ilmu tajwid dimulai dengan mempelajari materi melamakan bunyi bacaan (Mad), membaca huruf yang bunyi bacaannya didengungkan (Ghunnah), dan bunyi bacaan yang tidak didengungkan (Bilaghunnah) serta cara mengenal pasti tanda berhenti (Waqaf) disamping cara memulakan kembali bacaan setelah berhenti (Ibtida’). (Gazali, 2006).

3.2       Karakteristik dan Strategi Pengarajaran Metode Tartil 

Terdapat beberapa karakteristik yang memberi perbezaan pada kaedah ini berbanding dengan kaedah-kaedah lainnya, sehingga menjadikan kaedah ini lebih praktis, menarik dan efektif untuk dipelajari. Antaranya:

1)      Materi pelajaran diberikan guru dalam bentuk tulisan dan lisan.

2)      Materi penulisan ayat al-Quran yang telah disediakan langsung dalam buku yang digunakan dalam setiap pertemuan pembelajaran.

3)      Materi pembacaan al-Quran yang diajarkan kepada murid mengikut gaya bacaan muratal (Tartilul Qur’an).

4)      Evaluasi pembelajaran melibatkan guru dan murid di setiap akhir pengajaran.

5)      Terdapat warna-warna tertentu pada setiap bahagian materi yang dipelajari.

Pengkaji akan menerangkan secara terperinci karakteristik seperti yang telah dijelaskan di atas. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru untuk mengatur strategi dan kaedah-kaedah pengajaran metode Tartil kepada murid-murid ketika sesi pembelajaran. Apabila guru dapat mengikuti perkara tersebut, maka matlamat dan tujuan pengajaran dapat dicapai. Seperti berikut

1. Materi pelajaran diberikan guru dalam bentuk tulisan dan lisan.

Pada materi pelajaran memperkenalkan huruf, guru akan mengajarkan kepada murid cara menulis dan membaca huruf hijaiyah yang belum berbaris. Materi akan dimulai dari surat Al-Baqarah ayat satu diawali dengan memperkenalkan huruf ALif, Lam dan Mim. Setelah guru selesai memberikan materi menulis dan membaca tersebut selama sepuluh minit. Langkah selanjutnya ialah. Guru akan memilih beberapa orang murid untuk mengulang bacaan yang telah didemontrasikan guru. Kemudian guru memberikan arahan kepada semua murid untuk mengulang kembali bacaan yang sama.

Langkah selanjutnya ialah. Guru memberikan arahan kepada murid untuk membuka buku pada materi membaca huruf alif, lam dan mim yang telah sedia ada pada buku induksi. Guru akan memberikan arahan agar murid membaca kembali secara bersama-sama materi yang telah diajarkan. Setelah murid selesai membaca secara bersama-sama. Maka materi dilanjutkan dengan menulis kembali huruf alif, lam dan mim yang telah sediaada dalam buku pegangan murid.

 Untuk pertemuan selanjutnya guru akan menulis huruf zal dan kaf. Seterusnya guru akan melakukan langkah yang sama seperti pada pertemuan pertama. Proses sebegini akan terus berlanjut pada pertemuan-pertemuan berikutnya. Namun begitu, kreatifiti guru sangat digalakkan dalam menggairahkan kelas agar murid tidak mudah jenuh dan bosan.

Apabila guru telah selesai memperkenalkan semua huruf hijaiyah dan murid pun telah mampu menguasai materi pelajaran. Sebagai tes ujian kefahaman murid dengan materi yang telah dipelajari, guru akan menulis surat al-Baqarah ayat satu hingga ayat lima. Kemudian murid diminta secara individu untuk membaca semua huruf-huruf tersebut dengan cara meng ‘eja’ bermula dari huruf alif pada ayat satu sampai huruf Nun pada akhir huruf ayat lima surat al-Baqarah. Apabila seseorang murid telah mampu dengan betul dan mahir membaca semua huruf tersebut, ini bermakna mereka telah boleh melanjutkan materi pelajaran berikutnya.

Materi pelajaran akan dilanjutkan dengan mengenal baris dalam al-Quran, membaca huruf berbaris satu, membaca bacaan yang bertanda mati, membaca bacaan yang bertanda tasydiq dan membaca bacaan yang bertanda tanwin. Proses pengajaran dan pembelajaran pada buku siri satu akan mengambil masa selama delapan belas kali pertemuan. Meskipun begitu, pada proses pengajaran guru tidak dibenarkan melanjutkan materi berikutnya sebelum murid menguasai dengan mantap setiap materi yang telah ditetapkan.

2. Materi penulisan ayat al-Quran yang telah disediakan langsung dalam buku yang digunakan dalam setiap pertemuan pembelajaran.

Tugas guru tidak terhad hanya mengajarkan bagaimana cara membaca ayat al-Quran kepada murid. Guru juga mengajarkan kepada murid cara menulis huruf dan ayat-ayat al-Quran sesuai kaedah penulisan ayat yang baik.

Langkah yang dilakukan ialah. Pada setiap pengenalan materi samada dalam buku siri mahupun siri dua. Guru akan menulis terlebih dahulu materi yang akan diberikan. Misalnya, materi pengenalan huruf alif. Pada masa guru menulis huruf tersebut, murid harus memberikan perhatian dengan baik bagaimana huruf tersebut ditulis oleh guru. Ini bertujuan, menghindari terjadinya kesalahan murid untuk menulis ulang huruf tersebut pada buku induksi. Misalnya menulis huruf alif, jika murid memulai menulisnya dari bawah maka namanya juga tetap huruf alif, akan tetapi secara penulisannya murid melakukan kesalahan. Sebab menulis huruf tersebut hendaklah dimulai dari atas.

Disamping menulis huruf-huruf hijaiyah yang telah dipelajari. Pada setiap pertemuan murid juga akan diajarkan bagaimana menulis ayat-ayat al-Quran yang telah sediada didalam buku pegangan murid. Tugas guru ialah, memberikan arahan kepada murid untuk menulis kembali ayat-ayat yang telah ada untuk dipindahkan kedalam kotak ayat terdapat di bawah ayat tersebut.

Pada proses latihan menulis ayat berlangsung guru hendaklah menghampiri masing-masing murid. Jika guru mendapati murid melakukan kesalahan dalam penulisan ayat, guru mesti memberikan arahan dan membimbing murid tersebut. Misalnya, guru kembali mendemonstrasikan didepan kelas bagaimana menulis ayat al-Quran dengan kaedah yang baik.

Hj. Gazali menyatakan. Pada masa latihan menulis ayat al-Quran berlangsung. Murid dianjurkan menulis menggunakan pen dan tidak dibenarkan memakai pensel. Tujuannya ialah. Jika murid menulis ayat menggunakan pensel hal yang berlaku ialah. Murid akan memadam setiap kesalahan pada tiap-tiap tulisan yang salah atau tulisan yang mereka anggap kurang mantap/cantik. Hal ini menyebabkan mereka akan menghabiskan masa. Manakala jika murid memakai pen, mereka tidak dapat memadam kesalahan tersebut. Ianya bertujuan untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada murid untuk pertemuan selanjutnya, agar murid lebih berhati-hati dalam latihan menulis ayat agar tidak terjadi kesalahan yang sama.

3. Materi pembacaan al-Quran yang diajarkan kepada murid mengikut gaya bacaan muratal (Tartilul Qur’an).

Tartil adalah masdar (nama terbitan) dari kata kerja ‘rattala’. Kalimah ini membawa maksud membaca dengan terag, lemah lembut, perlahan dan tidak tergopoh gapah. (Muhammad ‘Arabi, 1994). Sementara Husni Sheikh Othman (1974) pula menyebut

         “Tartil adalah lafaz yang meliputi kalimah Tahqiq, hadar dan tadwir. Terkandung juga di dalamnya pengertian tajwid dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya serta memperelokkan penyebutan lafaz-lafaznya dengan suara yang baik mengikuti kemampuan seseorang disamping memelihara   waqaf dan ibtida”

 At-Tartil adalah nama khusus kepada bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran secara tartil adalah bacaan yang bernilai tinggi dan bacaannya bukan hanya sekedar mengetahui dan memahami hukum sahaja tetapi juga perlu diusahakan dan diketemukan bacaan yang tepat dan perkara ini perlu dilakukan pada awal zaman kanak-kanak lagi. (Nik Jafar Nik Ismail, 1998).

Materi pelajaran dengan lagu tartil sebagamana telah diterangkan di atas, telahpun diperkenalkan guru kepada murid sedari awal lagi. Misalnya, pada permulaan pengajaran guru terlebih dahulu membaca Tangauz dan Basmallah mengikut bacaan tartil untu kemudian diikuti murid secara bersama-sama. materi bacaan lagu tartil akan dimantapkan lagi apabila murid telah mulai mempelajari ilmu tajwid praktis pada buku siri dua.

Langkah-langkah pengajaran yang dilakukan guru pada materi ilmu tajwid praktis dalam buku siri dua tidak jauh berbeza dengan buku siri satu. Perbezaan hanya dari segi materi sahaja. Pada setiap awal pengajaran buku siri dua, guru terlebih dahulu akan memperdengarkan kepada murid bacaan lagu muratal yang terdapat dalam kaset dengan menggunakan media tape recorder. Kaset tersebut ialah bacaan lagu tartil yang dibawakan sendiri oleh haji Gazali.

Menurut Hj. Gazali. Apabila murid membaca ayat-ayat al-Quran dengan bacaan tartil ianya akan menjadikan bacaan tersebut terdengar lebih indah dan merdu. Tujuan lain ialah untuk memudahkan murid mempraktekan ilmu tajwid yang telah dipelajari, misalnya. Bagaimana cara memanjangkan bunyi bacaan yang dilamakan (mad), bacaan dengung (Gunnah), dan tidak dengung (Bilagunnah), dan  bagaimana cara mewaqafkan bacaan dtengah-tengah ayat serta cara berhenti pada akhir ayat di dlaam al-Quran.

Jika satu materi pelajaran ilmu tajwid telah diterangkan di hadapan kelas dan guru lansung mencontohkan kepada murid bagaiamana cara membacanya. Maka langkah selanjutnya ialah, murid akan mengulang kembali bacaan tersebut secara bersama-sama atau guru juga boleh memerintahkan seorang murid untuk membaca sebuah ayat dengan gaya lagu tartil. Manakala disaat salah seorang murid membaca murid lain berkesempatan untuk mendengar dan memperhatikan bacaan rakan kawan mereka. Startegi lain ialah, guru boleh menyuruh murid yang lebih mahir bacaan tartilnya untuk mengulangkan bacaan rakannya yang belum mahir. Ianya bertujuan agar pengajaran jadi menyeronokan dan tidak membosankan.

4. Evaluasi pembelajaran melibatkan guru dan murid di setiap akhir pengajaran.

Evaluasi yang melibatkan murid akan dilaksanakn pada setiap penutup pengajaran. Misalnya, pada materi memperkenalkan huruf hijaiyah. Setelah pengajaran membaca dan menulis selesai dilaksanakan, sebagai tes kefahaman murid terhadap materi yang telah diajarkan. Guru akan memberikan arahan kepada murid untuk mengira atau mencari huruf-huruf yang telah dipelajari dalam sebuah ayat. Contohnya, berapakah huruf alif, lam dan min yang terdapat didalam surat Al-Baqarah ayat 2? Berapakah banyak bacaan yang di dengungkan (gunnah) dan tidak didengungkan (bilagunnah) dalam surat al-Baqrah ayat 15?

Setelah murid selesai mengerjakan soalan-soalan yang diketengahkan oleh guru. Langkah selanjutnya ialah. Guru memberikan arahan kepada murid untuk saling menukarkan buku pegangan masing-masing mereka kepada rakan di samping kiri atau kanan mereka. Ini juga membantu guru untuk lebih memudahkan evaluasi dan melihat apakah murid sudah menguasai materi atau sebaliknya.

Bagi murid yang mendapatkan nilai yang cemerlang disetiap pengajaran. Guru digalakkan memberikan pujian atau hadiah. Misalnya, murid akan diberi hadiah seperti pen, buku atau pelbagai hal menarik lainnya. Jika guru tidak mampu memberikan hadiah-hadiah berupa materi, guru juga boleh melaksanakan cara lain. Misalnya, sepuluh orang murid yang memperoleh nlai baik mereka akan pulang lebih awal daripada rakan-rakannya. Hal ini bertujuan agar murid dihargai dengan apa yang telah diperoleh dan dicapainya. Hj. Gazali menyatakan, pada bagian ini kreatifiti guru sangatlah digalakkan

5. Terdapat warna-warna tertentu pada setiap bahagian materi yang dipelajari.

Hj. Gazali menyatakan. Guru hendaklah menggunakan alat tulis (Whiteboard Marker) yang berwarna-warni semasa memberikan apapun jua materi pengajaran. Adakah ianya pelajaran memperkenalkan huruf, membaca bacaan yang berbaris dua serta materi-materi berikutnya. Hal ini akan selari dengan warna yang terdapat didalam buku pegangan murid, kerana penulis selalu memberikan tanda warna pada setiap materi inti yang akan dipelajari samaada buku satu atau dua. Ini bertujuan agar murid lebih mudah melihat dan faham kepada materi, tujuan lainnya adalah agar tidak bercelaru antara contoh materi dengan materi sebenar.

Misalnya, materi memperkenalkan huruf hijaiyah alif, lam dan mim. Setelah guru mencontohkan cara menulis dan memperkenalkan cara membacanya. Selanjutnya guru akan memerintahkan murid untuk mengulang membaca huruf-huruf tersebut pada contoh ayat al-Quran yang telah sedia ada dalam buku pegangan. Untuk memudahkan murid dalam pembacaan penulis telah memberikan tanda khusus iaitu warna merah kepada huruf  (alif, lam dan mim) yang akan dibaca murid. Warna ini selalu ada sampai kepada materi ilmu tajwid praktis yang terdapat dalam buku siri dua.

3.4       Perkembangan Metode Tartil

Sebelum metode Tartil ditulis dalam bentuk buku seperti saat sekarang ini. Penulis menjelaskan, pada awalnya metode Tartil hanya digunakan oleh guru-guru al-Quran yang berkhidmat di Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) sahaja. Kemudian pada tahun 1998 pihak kementerian menawarkan agar metode Tartil tersebut juga diselenggarakan disekolah-sekolah dasar (SD). Ini bertujuan untuk kelas pemulihan al-Quran bagi murid darjah lima dan enam yang masih buta baca tulis al-Quran. Penulis bersetuju untuk diselenggarakan di dua buah sekolah rendah di zon Padang Barat dengan jumlah murid 230 orang, 10 orang guru pengajar dan dibantu oleh 2 orang pengawas. Perkembangan itu semakin membaik sebagaimana digambarkan dalam jadual 2.1 berikut:

No

Tahun Jumlah Sekolah

Jumlah Murid

1

1999 4 sekolah 200 orang
2 2000 11 sekolah 150 orang
3 2001 75 sekolah

3.750 oran

4 2002 250 sekolah 12.500 orang
5 2003 60 sekolah 3000 orang
6 2004 60 sekolah 3000 orang
7 2005 25 sekolah 1.250 orang
8 2006 400 sekolah 22.860 orang

Sumber: Kementerian Pendidikan Padang. 2006.

Jadual 2.1. Perkembangan metode Tartil dari tahun 1999 hingga 2006.

Laporan Jabatan Pendidikan Bandar Padang (2006). Menyatakan, pengalaman kami menggunakan metode Tartil kepada 400 buah Sekolah Rendah di Bandar Padang, secara keseluruhan, metode Tartil telah mampu membolehkan murid untuk dapat membaca dan menulis al-Quran dengan baik dan waktu yang lebih singkat. Walau bagaimanapun laporan di atas tidaklah berbentuk kajian, terhad kepada penilaian secara pengamatan sahaja dari pihak kementerian.

 Setelah metode Tartil berhasil dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di Bandar Padang. Kini pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Agama Bandar Padang menyarankan agar program pengajaran dan pembelajaran metode Tartil dipusatkan sepenuhnya di seluruh Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) dan lembaga pengajaran al-Quran yang sedia ada. Hal ini disebabkan apabila program tersebut dilaksanakan di sekolah ianya memerlukan biaya yang besar untuk gaji guru mahupun pentadbirannya. Manakala jika diadakan di Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) pihak Kementerian hanya perlu mempertingkatkan lagi kualiti guru dan pentadbirannya sahaja. Tegasnya. seluruh biaya program tidak lagi ditanggung oleh kementerian sepenuhnya. (Kementrian Pendidikan dan Kementrian Agama Bandar Padang 2006).

Untuk menambah profesionalisme guru dalam mengajarkan metode Tartil, maka pada tahun 2004 Hj Gazali menubuhkan lembaga Baca Tulis Quran (BTQ). Lembaga tersebut berpusat di Sekolah Tinggi Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Quran (STAI-PIQ) Sumatera Barat. Ianya bertujuan untuk memberikan latihan-latihan bagi guru-guru yang akan mengajar menggunakan metode Tartil. Terdapat tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai guru iaitu: (i) kemahiran ilmu tajwid (ii) kemahiran melagukan ayat al-Quran dengan bacaan muratal (Tartilul Quran), (iii) kemahiran menulis ayat-ayat al-Quran dengan seni Khatil Quran sehingga tulisan guru dapat dijadikan model bagi murid dalam pengajaran dan pembelajaran menulis ayat al-Quran. Disamping itu, guru juga diberikan pelatihan pedagogi oleh pakar pendidikan yang dijemput selama pelatihan. (Gazali 2007)

Selain memberikan pelatihan di lembaga yang telah ditubuhkan tersebut. Hj. Gazali juga telah memberikan latihan bagi guru pengajaran al-Quran seluruh daerah di Sumatera Barat. beliau juga dijemput untuk memberikan pelatihan metode Tartil di pelbagai daerah di Indonesia. Diantaranya, Negeri Riau, Lampung, Palembang dan Jakarta. (Gazali, 2007)

Manakala perkembangan metode Tartil di luar negara. Pada tahun 2004 Hj. Gazali dijemput oleh pengarah eksekutif sekolah SRI Seremban untuk memperkenalkan metode Tartil. Kemudian pada awal tahun 2004 tersebut sekolah tersebut telah menggunakan metode Tartil sebagai asas pengajaran al-Quran bagi murid-muridnya. Ini didukung oleh (Khalil Bin Jali, 2009) pengarah eksekutif sekolah SRI Seremban. Melaporkan semenjak diperkenalkannya metode Tartil dari tahun 2004 sehingga 2009 oleh Hj. Gazali. Maka kaedah tartil telah berjaya dengan mencapai tahap penguasaan 90% ke atas murid dalam pembelajaran tilawah al-Quran.

Pengkaji juga telah mula mengembangkan metode Tartil ini sama ada di Indonesia mahupun Malaysia, bermula dari pengkaji melanjutkan pengajian program master di Fakulti Pendidikan, pengkhususan Pendidikan Islam bulan januari 2009, pengkaji telah mulai melaksanakan pengajaran Tilawah al-Quran dengan menggunakan metode Tartil di beberapa sekolah rendah yang ada di Selangor. diantaranya adalah Sekolah Sri Aesyah Bangi, Sekolah Rendah Ugama Bukit Kapar Barat Klang, Sekolah Rendah Sri Al-Amin Sungai Tangkas. Dari beberapa pelaksanaan tersebut penulis berjaya dalam masa yang lebih singkat dan hasil lebih baik melaksanakan pengajaran Tilawah al-Quran pada kelas pemulihan al-Quran dibeberapa sekolah tersebut.

Kesimpulannya, metode Tartil merupakan sebuah inovasi yang lebih baharu dalam pendidikan Islam khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran, meskipun metode ini belum menyeluruh digunakan oleh para guru al-Quran sama ada di Indonesia, Malaysia, Singapore dan Negara Islam lainnya. Namun pengkaji menillai dari awal penemuan sampai perkembangannya samapai pada ini menunjukkan bahawa metode Tartil dapat cepat diterima oleh dunia pendidikan, utamanya guru pendidikan Islam yang mengajar pendidikan tilawah al-Quran

4.0       KAJIAN FAKTOR-FAKTOR  PENDUKUNG KEBERHASILAN  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mohd Majid (2005) menjelaskan bahawa kepentingan merujuk kajian lepas bagi seseorang pengkaji dapat membantu pengkaji menerang dan menjelaskan latar belakang sesuatu masalah dan mengenal pasti sejauh mana masalah yang wujud dalam sesuatu bidang telah dikaji. Perbincangan tentang faktor–faktor pendukung pengajaran al-Quran dalam kajian ini akan difokuskan kepada (i) kajian faktor Input guru, (ii) kajian faktor input penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran, (iii) Kajian pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar, (iv) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap sikap belajar murid, (v) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap minat belajar murid, (vi) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap prestasi belajar murid

4.1       Faktor input guru

Faktor input guru sebagaimana dalam model pengajaran dan pembelajaran Dunkin dan Biddle (1974), antara yang diberi penekanan ialah hubungan amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan pencapaian murid. Dalam model ini amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang diperhatikan ialah segala tingkah laku guru dalam bilik darjah yang memberi kesan kepada pencapaian murid. Manakala pencapaian murid yang diukur adalah merangkumi tahap pengetahuan atau kemahiran yang dicapai murid dan juga sikap murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan pandangan ini, maka kajian hubungan faktor guru dengan pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran adalah antara yang menjadi fokus kajian ini.

Kajian Long dan Hoy (2006) di Midwesten United State melibatkan murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa kuantitatif dan kualitatif. Sampel murid terdiri dari 112 orang yang mewakili berbagai bangsa. Dalam fasa kuantitatif sampel murid dikehendaki membuat penilaian terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran guru mereka yang meliputi Bahasa Inggeris dan Sains Sosial. Instrumen soal selidik amalan pengajaran guru berdasarkan Instrument Teacher Nomination. Dapatan kajian hasil ujian Exploratory Factor Analyisis mendapati sebanyak 62.17 varians menyumbang kepada amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang dikategorikan sebagai pengajaran berkesan. Hasil kajian menunjukkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang terdiri daripada pemboleh ubah pengurusan guru, penyampai guru, semangat guru, kesungguhan guru, prihatin guru terhadap murid, metode pengajaran dan pembelajaran guru, menunjukan factor loading yang tinggi terhadap amalan pengajaran berkesan guru iaitu melebihi 0.4.

Seterusnya Nik Mohd Rahimi (2005) telah menjalankan kajian berkaitan pengajaran dan pembelajaran guru dengan menggunakan model Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian melibatkan 1665 orang murid dan 100 orang guru. Tujuan utama kajian ini ialah menilai kemahiran mendengar bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan. Aspek yang dinilai dari guru ialah teknik pengajaran, alat bantu mengajar, dan persepsi guru terhadap kemahiran mendengar bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru bahasa Arab yang mengoptimumkan penggunaan teknik pengajaran dan alat bantu mengajar akan mempengaruhi pencapaian yang tinggi dalam bahasa Arab, hal ini menunjukan bahawa pengajaran dan pembelajaran guru yang efektif akan memberi kesan terhadap peningkatan akademik murid.

Kajian lain yang boleh dirujuk tentang hubungan pengajaran dan pembelajaran guru dengan peningkatan pencapaian murid ialah Hanuni (2003), Ab. Halim et al. (2004), Love dan Kruger (2005), Renaud dan Murray (2005), rata-rata kajian yang telah dijalankan menunjukan bahawa hubungan pengajaran dan pembelajaran guru berkait rapat dengan peningkatan dan penacapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Merujuk kepada kajian-kajin lepas yang telah dibincangkan menunjukkan bahawa. Amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan, sikap ambil guru terhadap murid, kreatifiti guru dalam mengurus bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran akan dapat memberansangkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta mempunyai impak teradap pencapaian dan sikap belajar murid.

Tegasnya, amalan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai kaedah bukan sahaja berguna dan berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, malah jika digunakan secara kreaktif, ianya dapat menarik minat serta dapat memberi pengalaman yang seronok kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

4.2       Faktor input penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Pada input penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran atau alat bantu mengajar. Mengikut teori Wolberg (1984) di mana kualiti dan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru merupakan satu daripada sembilan faktor keberhasilan pengajaran. Pemilihan kaedah mestilah dapat menarik minat murid, kreatif dan inovatif. Ia juga menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah akan dapat mempengaruhi hasil sikap dan pencapaian belajar murid.

Berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran, menurut Mohd Yusuf (2000), Ahmad (1997),dan Hasan (1981) berpendapat kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran dengan langkah dan penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam kajian ini diantara kaedah yang dapat digunakan oleh seseorang guru semasa pengajaran dan pembelajaran ialah talaqi dan musyafahah (Mohd Yusuf Ahmad 2000). Tegasnya, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran al-Quran, maka ia adalah kaedah.

Kajian Fatimah (2002) secara keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa. Penggunaan kaedah mengajar yang tepat merupakan faktor terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya menentukan keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru. Nik Salida Maizah (2004) menyatakan pemilihan teknik dan alat bantu mengajar yang sesuai telah membantu 70.6% sampel berminat untuk belajar tilawah al-Quran walaupun 14.7% hanya mampu di aras baik dan 23.3% tidak berminat dan tidak menguasai tilawah al-Quran.

Kajian Mohd Alwi Yusof et al (2003) menyatakan penggunaan kaedah Iqra pada umumnya memberi kesan yang baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan. Manakala hasil kajian Mohd Naim (2003) tentang pencapaian tilawah al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra’ di sekolah Kebangsaan daerah Setiu, Terengganu, mendapati 49.8% murid boleh membaca al-Quran dengan baik, 35.4% masih berada pada tahap buta huruf al-Quran. Amri Daud (2005) model enam bulan khatam al-Quran, dapatan ujian murid yang mengikuti program ini 75.8% mencapai objektif dan terdapat 15.2% yang tidak boleh menguasai bacaan al-Quran. Ini menunjukkan pencapaian objektif agak sederhana.

Kajian Mohd Firdaus (2008) dengan tajuk “Keberkesanan penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup. Dapatan kajian merumuskan (i) murid sedar dengan penggunaan alat sebenar sebagai ABM dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup. (ii) Penggunaan alat sebenar dalam pengajaran Kemahiran Hidup menjadikan pembelajaran yang tidak membosankan. (iii) Penggunaan alat sebenar membolehkan murid mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. (iv) Murid dapat memahami langkah kerja sesuatu projek Kemahiran Hidup dengan baik.

Kajian Ab. Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin (2008) hasil kajian tentang penggunaan alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah teknikal Johor Bahru. Dapatan kajian melaporkan penggunaan alat bantu mengajar adalah penting bagi guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mempengaruhi sikap, minat dan pencapaian murid dalam akademik. Ini selari dengan kajian (Arumugan 2006; Yahya Othman et al. 2008). Kesan penggunaan alat bantu mengajar dengan komputer dikalangan murid adalah positif dan dapat memberi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Kajian-kajian lain yang dapat dirujuk mengenai hubungan penggunaan kaedah dan bahan bantu mengajar dengan pencapaian murid iaitu Shahrin bin Hashim et al. (2009),  Choy Sau Kam et al. (2003). Mereka menyimpulkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang baik serta pemilihan kaedah yang tepat bukan sahaja berguna dan berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran kepada murid, malah jika digunakan secara kreaktif, ianya dapat menarik minat serta dapat memberi pengalaman yang seronok kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, mengenai penggunaan teknik dan pemilihan kaedah yang sesuai merupakan salah penyumbang ke atas pencapaian murid dan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran yang berkesan, guru hendaklah memilih pendekatan yang sesuai. Hal ini kerana tidak ada satu pendekatan yang dianggap terbaik untuk satu-satu mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Antara pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran ialah pendekatan induktif (AhmadMohd Salleh 1997), di mana para guru mengemukakan contoh bacaan al-Quran mengikut sesuatu hukum tajwid dan seterusnya para murid mengaplikasikan contoh bacaan guru dalam bacaan al-Quran yang dibaca.

Memandangkan pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran melibatkan pengajaran kemahiran. Maka mengajar kemahiran perlu menekankan kepada arahan, demonstrasi dan pembaikan kesilapan murid. Disamping itu juga, guru mesti mampu memperdengarkan bacaan yang fasih dengan suara yang merdu, hal ini akan memupuk perasaan cinta murid terhadap al-Quran. kaedah mengajar merupakan faktor terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya akan menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh seseorang guru.

4.3       Faktor pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar

Selanjutnya perbincangan ini akan dilanjutkan dengan kajian tentang pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar dengan peningkatan dan pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian korelasi antara pengetahuan guru degan pencapaian murid ialah seperti kajian Heather et al. (2005) mendapati terdapat hubungan yang siginifikan antara pemboleh ubah yang dikaji iaitu pengetahuan guru dengan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian menunjukan bahawa untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian murid diantaranya iaitu dengan menambah dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan guru tentang disiplin ilmu yang diajar agar kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Harbison dan Hanushek (1992), Mullens et al. (1996) dan Rowan et al. (1997) mendapati bahawa pengetahuan guru tentang disiplin ilmu yang diajar adalah merupakan sebagai alat ukuran peramal untuk menentukan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid. Namun kajian Shulman (1986), Wilson et al. (1987) dan Ball (1990) membuktikan bahawa tidak memadai setakat ilmu pengetahuan sahaja yang akan menentukan pencapaian murid, bahkan apa yang penting juga ialah kreatifiti yang guru gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Darling-Hammond (2000) dan Goldhaber dan Brewer (2000) berkaitan dengan faktor pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar serta kualiti guru yang terdiri dari input dan proses dan perkaitannya dengan pencapaian murid menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang kuat antara pembolehubah kualiti guru dengan pencapaian murid.

Banyak kajian membuktikan bahawa pencapaian baik murid adalah hasil pengaruh daripada guru yang telah banyak diberi latihan professional berkaitan disiplin yang diceburi. Latihan ini akan menjadikan guru menguasai secara mendalam kurikulum yang diajar dan juga menjadikan para guru lebih mahir dari segi pedagogi. (Cohen dan Hill, 1997; Wiley dan Yoon, 1995; Brown, Smith dan Stein, 1995). Kajian-kajian lain mendapati murid akan mencapai pencapaian yang tinggi apabila diajar oleh para guru yang mempunyai latar belakang pendidikan yang mahir, contohnya guru yang mempunyai ijazah sarjana. Oleh itu wujud hubungan yang positif antara pencapaian pelajaran dengan latar belakang pendidikan guru (Knoblock, 1986;Sanders, Skonie-hardin dan Phelps, 1994).

Guru merupakan elemen penting dalam pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini turut disokong oleh (Crow & Crow, 1983), iaitu guru yang efektif ialah guru–guru yang mempunyai sifat–sifat seperti berikut :

 i.            Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya.

ii.            Mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkan ia membuat pelbagai contoh yang dapat membantu murid memahami suatu konsep denganmudah.

iii.          Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dalam pengajarannya .

Berdasarkan perbincangan berkaitan kajian-kaian lepas, hal tersebut jelas menunjukkan bahawa pengetahuan furu terhadap ilmu yang diajar, pengalaman guru terhadap bidang yang diceburi, latar belakang pendidikan seorang guru akan mempengaruhi pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengetahuan guru terhadap ilmu yang diajar penting kerana ia akan menentukan daya tarikan minat murid untuk menumpukan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran.

 Disamping pengetahuan guru, faktor lain yang juga ikut menyumbang ialah berkait rapat dengan sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru. Al-Nahlawi (1988) menyenaraikan sifat-sifat dan ciri-ciri guru berteraskan ajaran Islam, iaitu pertama, hendaklah segala tujuan, tingkah laku dan pemikirannya bersifat Rabbani, iaitu sentiasa didasari dengan tuntutan Islam. Kedua, seorang yang ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredaan Allah. Ketiga, sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab jawatan dan tugasnya. Keempat, hendaklah jujur dengan apa yang disampaikan. Antara tanda sifat kejujuran itu ialah guru melaksanakan apa yang diajar. Seterusnya yang kelima, guru hendaklah sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan serta berbincang mengenainya.

4.4       Faktor kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap sikap belajar murid

Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia terletak di dalam sanubari dan bukan semua sikap dapat dizahirkan secara terang dalam realiti kehidupan. Itulah sikap yang sering membuat manusia tertanya-tanya dan tercari-cari. Melalui sikap, seseorang boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri. Bagi seseorang murid sikap itulah yang perlu ada dalam diri mereka. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian murid-murid di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap murid.

Sikap merupakan kecenderungan perasaan seseorang terhadap sesuatu objek samada perasaan itu memihak (favorable) atau tidak memihak (unfavorable). (Vesta & Thompson, 1970). (Nasution 1998; Walgito, 2004; Ramayulis, 2004; Zakiah, 2005; Syah 2005) menyatakan apabila seseorang telah melalui pembelajaran. Maka ianya akan nampak melalui tiga aspek iaitu; aspek: (i) kognitif (konseptual), (ii) afektif (emosional), (iii) konatif (perilaku atau action component). Aspek kognitif iaitu komponen yang berkaitan dengan pengetahuan, pandangan, keyakinan. Misalnya, dalam pembelajaran bagaimana murid mempersepsi sesuatu pelajaran, persepsi tersebut akan merubah sikap murid terhadap pelajaran berkenaan. Aspek afektif iaitu. Sikap murid yang berhubungan dengan rasa senang atau tidak senang terhadap sesuatu objek. Manakala aspek konatif pula iaitu. Berkaitan dengan kecenderungan untuk berperilaku atau tindak balas murid terhadap sesuatu objek dalam hal ini tentu mata pelajaran.

Terdapat beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa sikap murid terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaian hasil belajarnya. Misalnya kajian yang dibuat oleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik untuk menguji sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231 pelajar (berumur 11-15 tahun) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap murid terhadap mata pelajaran itu. Siti Rahayah (1988), untuk mengenal pasti sikap murid Tingkatan tiga terhadap mata pelajaran Sains dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sains paduan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang siginfikan antara sikap murid dengan pencapaian mata pelajaran sains.

Sebagaimana Abdullah (2004) kajian terhadap sikap dan motivasi murid-murid Dusun terhadap pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Zamri dan Zarina (2001) telah mengkaji tentang sikap murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa terdapat hubungankait antara sikap murid terhadap mata pelajaran dengan hasil pencapaian yang diraihnya. Kajian Purwaningsih (2007), mendapati bahawa. Sikap ilmiah murid terhadap mata pelajaran matematik merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi hasil belajar seseorang murid.

Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian Lim (2001) yang menyatakan murid Cina dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mempelajari Bahasa Melayu yang merupakan subjek penting dan wajib lulus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian Suwarnee et al. (2000) mendapati murid Melayu terdorong untuk mempelajari Bahasa Melayu bukan sahaja untuk mendapatkan keputusan yang baik, tetapi kerana sikap dan kesedaran tentang persaingan peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Sebaliknya bertentangan dengan kajian Azizi et al. (2007). Kajian yang dibuat untuk mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan apakah hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut. Selari dengan kajian Zainudin Bin Abu Bakar et al. (2007) Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor sikap, rakan sebaya dan ibu bapa berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi pencapaian bahasa Inggeris.

Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru sering menyatakan bahawa kegagalan murid-murid disebabkan oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.

Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara atau fenomena ( Robbins, 1986). Kesimpulannya. Persepsi murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran akan membentukkan sikap mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap murid terhadap mata pelajaran yang diajarinya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap murid dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang

4.5       Faktor kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap minat belajar murid 

Minat erat hubungannya dengan dorongan (drive), motif, dan reaksi emosional. Minat juga dikaitkan dengan kecenderungan hati yang tingi terhadap sesuatu, (Crow and Crow, 1984; Tidjan, 1997;  Pramudita, 2004).. Manakala Skinner (1990) berpendapat bahawa minat sebagai motif yang menunjukkan arah perhatian individu terhadap obyek yang menarik atau menyenangkannya, seseorang yang mempunyai minat terhadap sesuatu objek tertentu. Maka ia cenderung akan berusaha aktif dengan obyek tersebut.

Menurut Gage pula (1965), minat belajar adalah keadaan dalaman  individu yang akan memberikan kecenderungan bertindak dalam menghadapi suatu obyek atau peristiwa, didalamnya terdapat unsur pemikiran, perasaan yang menyertai pemikiran dan kesiapan untuk bertindak. Kajian-kajian mengenai hubungan minat murid dengan pencapaian hasil belajar telah lama dikaji oleh kalangan penyelidik, diantara kajian-kajian tersebut menyimpulkan terdapat hubungan yang erat antara minat belajar murid terhadap suatu mata pelajaran dengan pencapaian hasil belajar pada mata pelajaran berkenaan.

Rallison (1941), kajian yang dibuat di kalangan murid-murid berumur 11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah mendapati minat pelajar mempunyai hubung-kait yang kuat dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran pendidikan Jasmani, bahasa Inggeris, llmu Alam dan sejarah. Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement Abilities (VMA) dijelaskan faktor minat saling mempengaruhi pencapaian murid-murid tersebut.

Fitt (1957) kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati hubungan antara minat pelajar terhadap mata pelajaran adalah mempunyai kaitan yang positif dengan pencapaian setelah beliau menggunakan soal selidik di kalangan 1244 orang pelajar di bandar itu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur pelajar dari rendah ke peringkat menengah mempengaruhi perubahan minat pelajar terhadap persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini termasuklah mencuba berbagai-bagai teknik. Austrin misalnya menggunakan Multidimensional Achievement Orientation Scale (MAOS), Schultz menggunakan Attitude-Interest Questionaire” dan Jackson bersama Getzel menggunakan” Iowa Test ofEducational Development” (TED), bagi menghubungkan minat dengan pencapaian.

Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji hubungan minat dengan pencapaian pelajar di kalangan pelajar gred 6 di enam buah sekolah di Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara minat dan pencapaian belajar pelajar. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass sebelumnya yang menyatakan kegagalan mencari korelasi antara minat pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah. Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang pelajar gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalam membuat ukuran minat dan ujian pencapaian telah menyebabkan kajian ini gagal mencari jawapan antara dua pembolehubah berkenaan.

Nofrizal (2006) kajian tentang hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran: kajian di satu buah Taman Pendidikan Al-Quran luar bandar Sumatera Barat. Dapatan kajian merumuskan faktor minat murid sememangnya boleh mempengaruhi kebolehan membaca al-Quran di kalangan murid, tetapi ianya (minat) bukanlah faktor yang sepenuhnya, faktor lain yang boleh wujud ialah motivasi, konsep kendiri, dan strategi belajar. 

 4.6      Faktor kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap prestasi belajar murid

 Terdapat beberapa pandangan yang dikemukan pakar dalam menjelaskan prestasi belajar. (Djamarah, 1994; Ahmadi, 2005; Supriyono, 2004; Muhibbin Syah & Abdullah, 2008; Ahmad Tafsir 2008). Prestasi belajar ialah berupa nilai-nilai yang boleh diukur sebagai hasil dari usaha belajar yang telah dicapai seseorang. Disamping itu, prestasi belajar juga boleh dilihat dari penguasaan pengetahuan atau keterampilan yang telah didapatkan murid melalui mata pelajaran yang diajarkan. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan dengan nilai ujian atau markah yang diberikan oleh guru terhadap hasil ujian seseorang murid.

(Bloom, 1956; Sudjana, 1990; Abdullah, 2008; Anni, 2004) menyatakan. Prestasi belajar merupakan hasil perubahan tingkah laku yang diharapkan dari murid setelah melalui pengajaran dan pembelajaran. Ianya meliputi tiga aspek iaitu (i) mengetahui (knowing), (ii) terampil melaksanakan atau mengerjakan yang ia ketahui itu (doing), (iii) melaksanakan yang ia ketahui itu secara berterusan (being).

Skinner & Belmont (1993) menyatakan hubungan-hubungan di bilik darjah adalah penting kerana ianya merupakan keperluan psikologi asas kepada seorang kanak-kanak semasa berhubung dengan orang lain. Kajian empirikal telah mendukomentasikan kesan positif sifat ambil peduli dan hubungan guru-murid akan membantu terhadap pencapaian murid. Ini disokong oleh (Wentzel, 1998) bahawa sokongan guru berkait lansung kepada matlamat masteri peribadi pelajar, minat dalam kelas dan gred purata pencapaian akademik.

Robinson (2002) telah menguji model komprehensif hubungan antara persepsi pelajar terhadap sekolah dan bilik darjah dengan kepercayaan motivasi, penggunaan strategi pembelajaran regulasi kendiri dan prestasi belajar murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan guru di bilik darjah mempengaruhi secara tidak lansung terhadap prestasi atau pencapaian pelajar.

Obach (2003) pula membuat kajian longitudinal menguji pengaruh faktor-faktor motivasi terhadap persepsi kendiri akademik pelajar. Kajian dilakukan selama tiga tahun terhadap pelajar gred lima, keenam dan ketujuh sekolah-sekolah luar bandar yang terletak di selatan Amerika Syarikat. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang lebih berumur mempunyai persepsi kendiri akademik yang lebih tinggi padaripada pelajar yang lebih muda. Pelajar yang berorientasi masteri dalam pembelajaran, melakukan pemantauan kendiri, dan tekun dalam pembelajaran, melihat diri mereka lebih kompeten dalam akademik.

Kajian-kajian lain yang dapat dirujuk tentang kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap prestasi murid iaitu (Irfan Naufal 2000; Abdul Razak et al 2000; Kamaruddin et al 2000 Caraway et al 2003). Banyak kajian telah dijalankan sama ada dalam dan luar negara tentang hubungan pengajaran dan pembelajaran dengan prestasi dan pencapaian akademik murid. Tegasnya, guru biasanya berdepan dengan bilangan murid yang ramai dan pelbagai karenah yang ditimbulkan oleh mereka semasa berlansungnya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sudah tentu amatlah sukar untuk mempengaruhi murid-murid dalam erti kata yang sebenarnya kalau dilihat dari aspek pengajaran guru.

Walau bagaimanapun, melalui kajian-kajian yang telah dijalankan penyelidik terdahulu, kita dapat mengetahui dan mengenal pasti faktor-faktor penting yang dapat dilakukan seseorang guru untuk memotivasi murid sehingga mengantarkan mereka berjaya dan memperolehi markah yang cemerlang dalam akademik.

5.0       KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN

Kajian tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran telah banyak dijalankan oleh ahli pendidikan mahupun penyelidik-penyelidik terdahulu. Namun perlu pengkaji jelaskan lagi, bahawa kajian yang berkaitan lansung dengan metode Tartil belum banyak ditemui sampai sekarang. Hal ini disebabkan oleh metode Tartil merupakan sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif masih baharu berbanding kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran lainnya.

            Oleh itu, perbincangan selanjutnya akan memaparkan kajian-kajian yang telah dibuat oleh penyelidik sama ada di luar mahupun didalam negara yang pengkaji nilai berhungkait dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

5. 1      Kajian Pendidikan al-Quran di Malaysia

Nor Kamaliah (1987) mendapati Kaedah Pengajaran Cara Baru iaitu keluaran Jabatan Agama Islam Kelantan dapat memberi peningkatan dalam membaca di kalangan anak-anak. Kaedah ini telah membantu kanak-kanak yang berumur enam tahun ke bawah untuk menghafal surah-surah lazim dengan bacaan yang betul. Abd Razak (1988) dalam kajiannya merumuskan bahawa kelemahan murid dalam pengajian al-Quran berpunca daripada masa 30 menit untuk satu pengajaraan Asuhan Membaca al-Quran tidak mencukupi, murid terlalu ramai dalam satu kelas Pendidikan Islam, guru tidak memberikan perhatian kepada semua murid, ayat-ayat yang digunakan dalam sukatan terlalu tinggi, murid tidak mempelajari al-Quran di rumah dan tidak ada kelas tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

Rodziah (1991) mendapati faktor kelemahan dalam membaca al-Quran berdasarkan sebutan huruf dan hukum tajwid yang betul dalam kalangan murid disebabkan oleh sikap mereka dan sikap ibu bapa. Dalam kajiannya terdapat 75% murid tidak menghadiri kelas pengajian al-Quran disebabkan tidak ada kawan untuk diajak ke kelas pengajian. Manakala 60% ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik anak-anak dalam pengajian al-Quran kepada guru-guru al-Quran. Anak-anak tidak digalakkan untuk mengulangkaji al-Quran di rumah. Abdul Halim (1996) berdasarkan maklum balas daripada responden yang terdiri daripada 407 murid, guru dan pegawai agama di daerah Kota Bharu, didapati kandungan Tilawah al-Quran yang banyak dalam sukatan merupakan masalah utama yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan murid dalam pengajaran al-Quran.

Rosmawati (1993) kajian yang dijalankan di Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Othman, Kucing. Sarawak mendapati kemampuan murid dalam menguasai bacaan al-Quran adalah hanya pada tahap memuaskan sahaja. Terdapat juga daripada kalangan murid yang lansung tidak boleh membaca al-Quran. Hal ini berpunca kerana murid tidak didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran semenjak kecil. Manakala Maimunah (1995) kajian tentang kemahiran membaca al-Quran di kalangan 60 murid Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Selayang Baru, Gombak mendapati pencapaian murid secara keseluruhannya masih berada pada tahap sederhana yang hampir kepada lemah. Dalam kajian beliau, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang pendidikan dan pendapatan ibu bapa dengan pencapaian kemahiran membaca al-Quran murid. Walaupun begitu terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pendidikan asas al-Quran sebelum masuk ke sekolah menengah dengan kemahiran membaca al-Quran.

Farehan (2000) dalam kajiannya tentang kemahiran membaca nun sakinah di kalangan murid Tingkatan tiga di sebuah sekolah di daerah Petaling mendapati penguasaan murid dalam kemahiran ini dibahagikan dalam empat peringkat, iaitu baik, sederhana, lemah dan sangat lemah mengikuti nisbah 13:20:12:8. Punca kelemahan murid membaca nun sakinah dalam kajian ini ialah persekitaran keluarga yang daif, pengalaman pembelajaran kurang sesuai dan sikap murid sendiri terhadap kepentingan membaca al-Quran. Manakala Raihan (2000) tentang penguasaan kemairan membaca al-Quran di mana tahap pengusaan murid Tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan gurun Kedah dalam membaca al-Quran adalah 40% berada pada tahap sederhana, 16.6% sederhana lemah dan 8.9% lemah. Hal ini menunjukkan bahwa murid masih menunjukkan kelemahan dalam penguasaan celik al-Quran.

Mohammad Sabri (2001) dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah Hattawiyah dalam pembelajaran tilawah al-Quran mendapati sebanyak 89% daripada responden berada pada tahap sederhana dan lemah dalam kebolehan membaca al-Quran. Mohammad Naim (2003) dengan tajuk ”Pencapaian Tilawah al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra’ di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu” menunjukkan hipotesis nul ditolak, iaitu terdapat perbezaan pencapaian tilawah al-Quran dalam kalangan murid berasaskan sekolah agama sebelah petang. Hasil temu bual terhadap 10 orang guru Pendidikan Islam juga menunjukkan bahawa masa pengajaran tilawah al-Quran yang tidak mencukupi menyebabkan murid terabai sehingga tamat tahun enam. Apatah lagi jarang sekali guru mengadakan kelas pemulihan kerana tidak mempunyai kelapangan waktu.

Hal ini didukung oleh kajian Mohd Aderi (2004) tentang celik al-Quran dikalangan pelajar Tingkatan satu di Kuala Lumpur dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun 63% dari responden adalah mereka yang telah khatam al-Quran, namun tahap keseluruhan bacaan responden masih berada pada tahap sederhana dan lemah, hal ini bermakna walaupun sebahagiaan besar dari pelajar telah melalui khatam al-Quran akan tetapi belum jaminan mereka boleh membaca al-Quran mengikut kaedah yang benar dan baik.

Kajian Ad. Halim et al. (2004) tentang amalan pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah al-Quran di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan di Selangor, Perak dan Terengganu menunjukkan pandangan guru Pendidikan Islam bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran yang memberi kesan kepada murid ialah kaedah tasmi dan tashih dengan nilai min 3.50. kemudian diikuti oleh kaedah latih tubi, talaqi dan musyafahah serta halaqah dan tadarus yang mencapai julat min antara 3.38 dan 3.13. namun begitu, kaedah kuliah merupakan kaedah yang paling kerap (3.04) digunakan guru dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Manakala kaedah lain seperti bacaan beramai-ramai, latih tubi, perbincangan serta talaqi dan musyafahah dengan julat antara 2.73 dan 2.99.

Armah Aru (1996) mendapati kaedah Iqra’ amat berkesan dan berjaya dan sepatutnya diteruskan. Kaedah ini berjaya kerana ia mudah dipelajari dan menyebabkan murid berminat dalam mempelajari al-Quran. HJ Mohd Mukri (1994) menyatakan teknik pengajaran kaedah Iqra’ ialah secara CBMA (Cara Belajar Murid Aktif) di mana pengajaran lebih berpusat kepada murid bukan bergantung sepenuhnya kepada guru. Bahan pelajaran disusun lengkap, terancang dan terarah dari pelajaran asas huruf demi huruf hinggalah ke atas satu kalimah yang bermakna.

Meriam (1999) mendapati 72 % murid mengakui dapat membaca al-Quran dengan lancar. Hal ini menunjukkan pelaksanaan Kaedah Iqra’ di sekolah dan disokong dengan mengaji di rumah, menjadikan kaedah ini berkesan untuk digunakan oleh semua murid mempelajari al-Quran dengan mudah dan cepat. Haji Abdullah (1999) dengan tajuk “Pengurusan Pendidikan al-Quran, Satu Kajian di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Arab Negara Brunei Darussalam” terhadap 235 orang murid dan 57 orang guru agama mendapati guru agama bersikap positif dalam menjalankan pengajaran al-Quran dimana min keseluruhan untuk konstruk kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran guru adalah 4.0. bagaimanapun kaedah kajian yang digunakan hanya kaedah soal selidik semata dan tidak melibatkan kaedah lain selain pemerhatian. Manakala sampel guru kesemuanya daripada sekolah menengah Arab.

5.2       Kajian Pendidikan Al-Quran di Indonesia

Di Indonesia kajian-kaian tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran tidak berkembang sebagaimana di Malaysia, amat jarang ditemukan hasil-hasil kajian yang mendedahkan hasilnya secara terperinci, sehingga kajian-kajian tersebut tidak dapat dirujuk sepenuhnya, kerana kajian tersebut hanyalah berbentuk kertas konsep sahaja, walau bagaimanapun pengkaji melihat bermula pada tahun 2000 hinggalah sekarang sudah mulai penyelidik membuat beberapa kajian,  itupun terbatas kepada pelajar yang mengambil program Sarjana (S2) di peringkat Universiti Islam di pelbagai negeri di Indonesia dan beberapa orang yang mengambil pengajian di luar negara.

Jazer (1989). Menyatakan dari 160 juta jiwa populasi penduduk Indonesia yang beragama Islam, (59%) dari mereka berada pada tahap yang lemah dalam membaca al-Quran, terdapat sebahagian besar yang lansung tidak boleh membaca atau buta huruf al-Quran, ini amatlah membimbangkan dengan realiti bahawa Indonesia memiliki populasi masyarakat Islam terbesar di dunia dan jauh dari nilai-nilai Ketuhanan Yang Maha Esa yang terdapat dalam Pancasila sebagai asas Negara. Kajian sebagaimana dapatan di atas tidak dibuat dengan terperinci, kajian ini juga bersifat tinjauan sahaja.

Selanjutnya pengkaji temui kajian sebagaimana dilaporkan oleh Ahmad Hadi (2000), Munandar (2000), Ahmad Burhan (2001), Sinambela (2003) dan Syartini (2003). Semua kajian ini hanyalah tinjauan di beberapa Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) Bandar Padang Negeri Sumatera Barat. Kajian di atas juga hanya menggunakan pemerhatian sahaja. Walaupun terdapat beberapa kajian yang menggunakan instrumen soal selidik. Namun  tidak melibatkan sampel yang banyak.

Kajian Firdaus Ghani (2004) kajian di beberapa Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) Bandar Padang Negeri Sumatera Barat melibatkan 320 orang murid, pengiraan statistik menunjukkan seramai 171 orang murid (53.4%) menacapai tahap cemerlang, 25 orang murid (7.8%) mencapai tahap baik, 2 orang murid (0.6%) mencapai tahap lemah dan 122 orang murid (38.1%) berada pada tahap yang mengecewakan dan gagal iaitu sangat lemah. Tahap yang sangat lemah ini sebenarnya daripada segi bacaan al-Quran menggambarkan ketidakmampuan murid membaca al-Quran keseluruhannya atau dengan bahasa yang mudah ialah “buta al-Quran” ini didukung oleh (Yulizar Bila, 2010) dengan tajuk “Masalah guru dalam pengajaran Taranum al-Quran di Bandar Padang Sumatera Barat”. Mendapati masalah pentadbiran dan pengurusan merupakan penyumbang utama kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran Taranum al-Quran di Bandar Padang Negeri Sumatera Barat

Nofrizal (2006) dengan tajuk “ Hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran: kajian di satu buah Taman Pendidikan Al-Quran luar bandar Sumatera Barat hasil kajian melaporkan faktor minat sememangnya boleh mempengaruhi kebolehan membaca al-Quran di kalangan murid, tetapi ianya (minat) bukanlah faktor yang sepenuhnya, faktor lain yang boleh wujud ialah motivasi, konsep kendiri, dan strategi belajar.

Kajian (Muslim 2008) dengan tajuk “Keberkesan pembelajaran baca tulis al-Qur’an menggunakan buku Al-Barqy di Taman Pendidikan Al-Qur’an Nurut-taqwa Malang, pengambilan data menggunakan ujian pre-test dan post-test dengan menggunakan rumus nilai purata murid, dan Uji-t berpasangan (Paired T-tes). Berdasarkan analisis dokumen, secara keseluruhan kaedah al-Barqy mempunyai kesan yang baik terhadap murid dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di lembaga tersebut.

Muhammad Yusuf (2009) “Keberkesanan Metod Tartila dalam pengajaran tilawah al-Quran: Satu kajian di lembaga Tahfizul Qur’an Jendela Hati Bandung. Dapatan kajian merumuskan Metode tartila memberi kesan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di lembaga Tahfizul Qur’an Jendela Hati Bandung, ianya perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi untuk mencapai celik al-Quran di kalangan murid.

Kajian mengenai metode Tartil yang dapat dirujuk pengkaji temukan di tulis oleh dua orang daripada pelajar yang mengambil program Sarjana (S1) di Institut Islam Negeri Sumatera Barat.

Afriza (2003) dengan tajuk “Pelaksanaan Pengajaran al-Quran dengan Menggunakan Metode Tartil di Sekolah Rendah: kajian satu buah sekolah rendah Bandar Padang” kajian ini melibatkan 40 orang murid yang diajar menggunakan metode Tartil. Secara keseluruhan menurut pengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan metode Tartil pada tahap yang memuaskan.

Kajian tersebut didukung oleh Hayatul Chairi (2007) dengan tajuk “Pengajaran al-Quran dengan Metode Tartil: Satu tinjauan terhadap satu buah Taman Pendidikan Seni Al-Quran Nur Khairat di Bandar Padang: dapatan kajian merumuskan bahawa metode Tartil memberi kesan yang baik terhadap pengajaran al-Quran di Taman Pendidikan Seni Al-Quran Nur Khairat.

Sebagai kesimpulan, dari beberapa kajian lepas yang telah pengkaji terangkan di atas sama ada di dalam mahupun di luar negara. Maka teranglah, kajian yang sedang dijalankan ini merupakan kajian awal tentang metode tartil yang melibatkan sampel yang agak ramai dengan menggunanakan metodologi yang juga berbeza.

 

RUJUKAN

Al-Quran

American Psycological Association. 1985. Standards foe Education and Psycological Testing. Wasington D.C. APA.

Al-Qardhawi, Yusuf. 2010. Menghafal al-Quran; Seri Tarbiyah. Mizan. Bandung.

Ahmad Hadi. 2000. Pendidikan al-Quran: Realiti dan Cabaran di masa akan datang.Kertas konsep dibentangkan pada seminar pendidikan. Padang. Indonesia

Ahmad Burhan. 2001. Kemahiran membaca al-Quran di kalangan murid di Sekolah Rendah Bandar Padang. Kertas konsep dibentangkan pada seminar pendidikan          al-Quran. Padang Indonesia.

Abdul Halim El-Muhammady. 1991. Peranannya Dalam Pembangunan Ummah.Penerbitan Hikmah. Kuala Lumpur.

Al-Qushairi an-Naisaburi. 1995. Sahih Muslim. Mesir: Wizarah al-Auqaf al-Misriah

Al-Badry, MuhammadAbdullah. 1983. Al-Quran al-Karim tarikhuhu waulumuh.   Mesir: dar al-Ma’arif

Al-Buti, Said Ramadhan. 1991. Fiqih Serah nabawiyah. Beirut: Darul Fikri

Ab. Razak Othman. 1988. Sistem Pendidikan Islam sekolah-sekolah menengah di Malaysia kini: malamat dan kejayaaan. Latihan ilmiah Fakulti Usuluddin             Akademik Islam. Universiti Malaya.

Al-Asqalani. Mohd. Ali. 1994. Fathul Bari sarah Saheh Bukhari. Beirut: darul Kutub.

Atan Long. 1980. Pedagogi kaedah Am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Qadir Leong. 1998. Tajwid al-Quran rasm ’uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Ab. Halim Haji Haron. 1996. Pengajian al-Quran dalam program KBSM. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malysia.

Ab. Halim Tamuri. 2005. Isu-isu dalam amalan pengajaran guru-guru pendidikan   Islam disekolah rendah dan menengah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam        Peringkat Kebangsaan Siri ke-4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab. Halim Tamuri. 2006. Modul pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran: pendekatan masa kini. Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan.          Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri   Abdul Rahim & Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan kaedah   pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan    Malaysia dan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani & Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian amalan pengajaran Pendidikan     Islam disekolah rendah dan menengah. Prosiding Seminar IRPA RMK-8, Kategori ERK 2006, Jilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Raof  Dalip. 1998. Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam di sekolah menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anifriza. 2003. Pelaksanaan pengajaran al-Quran dengan metode Tartil: satu tinjauan di sebuah Sekolah Rendah Bandar Padang. Laporan Skripsi Sarjana. Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Batu Sangkar.

Armah Aru. 1996. Cara pelaksanaan kaedah Iqra’ tahap satu tahun tiga. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Nahlawi, Abdul Rahman. 1988. Usul al-tarbiyah al-Islamiyah wa asalibuha. Damsyik: Dar al-Fikr.

Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy. 1991. Falsafah Pendidikan Islam. Terj. Hassan Langgulung. Shah Alam: Hizbi.

Atan Long. 1993. Pedagogi kaedah am mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd. Azman Wan Chik. 1986. Kaedah hayati amali: satu pendekatan   mengajar Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Bungin, B. 2003. Analisis data penelitian kualitatif: Pemahaman filosofis dan metodologis ke arah pengusaan model aplikasi. Jakarta: P.T. Raja Grafindo   Persada.

Bloom, B.S. Madaus, G.F & Hastigs, J.T 1981. Evaluation to improve learning. New York: Mc. Graw-Hill.

Creswell, J. W. 2005. Research design: qualitative and quantitave approaches. Thousand Oaks: SAGE Publication.

Farehan Mohd Hani. 2000. Kemahiran membaca nun sakinah di kalangan pelajar   tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di daerah Petaling. Projek Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Firdaus Ghani. 2004. Kajian kemahiran al-Quran di Sekolah Rendah Bandar Padang. Jurnal Pendidikan Indonesia. Universiti Putra Indonesia. Bandung.

Fraenkel, J.R.& Wallen. N.E. 1996. How to Design and Evaluate Research. USA: Mc.  Fraw-Hill Inc.

Jazer. 1989. Permasalahan pengajaran al-Quran di Indonesia. Laporan Kemeterian Agama Republik Indonesia.

Feldman, K. A. 1989. Instructional effectiveness of college teachers as judged by teachers themselves, current and former students, colleagues, administrators    and external observers. Research in Higher Education. 30(2): 137-194.

Gazhali. 2008. Metode Tartil I Cara Cepat Membaca dan Menulis Al-Quran . CV. Najwa. Padang.

———. Tajwid Praktis Metode Tartil II Cara Cepat Membaca dan Menulis Al- Quran CV. Najwa. Padang.

Ghazali Basri. 1991. Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan: satu analisis. Jurnal Pendidikan Islam. Jilid 4: Disember.

Hayatul Chairi. 2007. Studi tentang membaca al-Quran dengan menggunakan metode Tartil: Satu kajian di Taman Pendidikan Seni Al-Quran Nur Khairat Bandar            Padang. Laporan Skripsi Sarjana. Institut Agama Islam Negeri (IAIN-IB) Iman Bonjol Padang

Halim Na’am. 2005. Pelaksanaan j-QAF. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke- 4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Langgulung. 1981. Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Aman.

Haji Abdullah Haji Tapa. 1999. Pengurusan Pendidikan al-Quran, Satu Kajian di   Tingkatan Satu Sekolah Menengah Arab Negara Brunei Darussalam. Projek Penyelidikan Fakulti Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hativa, N., Barak, R. & Simhi, E. 1999. Expert university teachers: thinking,  knowledge and practice regarding effective teaching behaviors. Annual Meeting American Educational Research Assosiation.

Ibn Khaldun. 2000. Muqadimah Ibn Khaldun. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan  Pustaka.

Ishak Abbas. 1985. Memahami tajwid dan tartil al-Quran. Kuala Lumpur: Sri Kota. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 2000. Laporan status kadar celik al-Quran             sekolah-sekolah kebangsaan Negeri Sarawak.

Khalil Qattan, Manna,’. 1992.  Studi Ilmu-Ilmu Al-Quran. Jakarta. Litera Antar Nusa

Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak & Mohamed Amin Embi. 2003.Tahap amalan pengajaran guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah agama di Kelantan. Prosiding Wacana       Pendidikan Islam Siri 2. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarul Azmi, J. & Ab. Halim, T. 2008. Pendidikan islam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Agama Republik Indonesia. 2000. Strategi pendidikan al-Quran di Indonesia. Jakarta.

Kementerian Agama Negeri Sumatera Barat. 2010. Laporan kerja jabatan kebajikan Islam. Padang

Kementerian Pendidikan Bandar Padang Negeri Sumatera Barat. 2003. Perubahan Peraturan daerah tentang pendidkan sekolah rendah. Padang

Komari. 2008. Metode pengajaran baca tulis al-Quran. Kertas kerja disampaikan pada pelatihan Nasional guru dan pengelola TPSA. Makasar.

Hohd Mukri Abdullah. 1994. Kaedah Iqra; dalam asuhan Tilawah al-Quran. Kertas Kerja Seminar Nasyid Pringkat Kebangsaan Kali ke 2. Kuala Lumpur.

Majid Konting, M. 2005. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala umpur: Dewan   Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon,S. 1992. Panduan latihan UKELP bahagian am. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. SDN. BHD.

Muhammad Yusuf. 2009. Keberkesanan metod Tartila dalam pengajaran tilawah al- Quran dari perspektif guru lembaga Tahfizul Quran Jendela Hati Bandung         Indonesia. Projek Penyelidikan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Bin ‘Isa at-Turmiziy as-Salmiy, al-Jami’ Ash-Shahih Sunan at Turmidzi. Jilid 5. Beirut: Dar Ihya at-Turast al-A’rabiy. T-tarikh.

Munandar .2000. Kajian pelaksanaan pembelajaran al-Quran di Bandar Padang: kajian di beberapa buah Taman Pendidikan Seni Al-Quran. Laporan Skripsi Sarjana. Institut Agama Islam Negeri (IAIN-IB) Iman  Bonjol Padang.

Merian Hj. Ghazali. 1999. Kesan kaedah Iqra’ terhadap pencapaian asas Tilawah tahap satu. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Sabri Satar. 2001. Keberkesanan kaedah Hattawiyyah dalam pembelajaran tilawah al-Quran. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yakub Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd. 2008. Keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajara tingkatan empat: kajian di beberapa buah sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu. Journal of Al-Quran & Hadith ISSN. 1394-3723. V

Mohammad Naim Mat Salleh. 2003. Pencapaian tilawah al-Quran melalui Kaedah Iqra’ di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu, Terengganu. Projek            Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran di kalangan pelajar tingkatan satu Zon Pudu Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Alwi Yusoff, Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. 2003. Keberkesanan Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran. Posiding    Isu semasa Pengajian Quran dan Sunnah: 101-114. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah: Kolej Universiti Islam Malaysia.

Mohd Majid Konting & Zakaria Kasa. 2002. Pengetahuan dan kemahiran pengajaran:  Satu kajian kes di kalangan guru pelatih Universiti Putra Malaysia. Seminar     Kebangsaan Pendidikan Guru. Alor Star.

Mohd Yusuf Ahmad. 2000. Sejarah dan kaedah pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur:  Penerbitan Universiti Malaya.

Maimunah Ismail. 1995. Kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar Tingkatan satu. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.

Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Mohd Faisal, Zawawi Ismail, Ruhimi Md Saad. 2010.  Celik al-Quran: Cabaran dan  Realiti dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Fakulti Pendidikan. Universiti       Malaya

Ngalim Purwanto. 1990. Psikologi pendidikan. Bandung: Rosdakarya.

Nor Kamaliah. 2006. Satu kajian mengenai kaedah pengajian al-Quran yang  dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan. Fakulti Usuluddin Akademik Islam. Universiti Malaya.

Nofrizal. 2006. Hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran di kalangan pelajar Madrasah Diniyah Awaliyah luar bandar di Sumatera Barat. Projek       Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Raihan Mohd Nordin. 2000. Penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan Gurun Kedah Darul Aman. Latihan        Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlan Ahmad. 2000. Kemahiran membaca al-Quran dan jawi pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh: satu kajian kes. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan  Malaysia.

Ramli Ahmad. 2000. Kelemahan membaca al-Quran di kalangan pelajar Sekolah    Berasrama Penuh. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Roziah Bakar. 1991. Pengajian al-Quran: sistem dan perkembangannya di kalangan masyarakat Islam di Pulau Pinang. Latihan ILmiah Fakulti Usuluddin,   Akademik Islam. Universiti Malaya.

Rosmawati Umar. 1993. Pembelajaran tilawah alQuran di kalangan pelajar agama:Satu kajian di SMKA Sheikh Haji Othman, Kucing. Tesis sarjana yang tidak          diterbtkan. Universiti Malaya.

Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. 2005. Pedagogi:     Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications &        Distributors Sdn. Bhd.

Syartini. 2003. Pembelajaran tilawah alQuran di Bandar Padang. Antara harapan dan Realiti. Penerbit Angkasa Raya. Padang.

Sinambela. 2003. Perkembangan pengajaran al-Quran masyarakat Islam di Sumatera Barat. Seminar pendidikan. IAIN-IB Padang.

Stufflebeam, D.L. & Shinkfield A.J. 1985. Systematic Evaluation: A self-insturctional guide to theory and practice. Massachusetts: Kluwer-Nijhoff Publishing.

Sugiyono. 2005. Memahami penelitian kualitatif. Bandung: CV. Alfabeta.

Shulman, L. S. 1987. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform.    Harvard Educational Review, 50.

Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan   Bahasa dan Pustaka.

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki. 2004. Amalan  pengajaran yang berkesan: kajian di  beberapa sekolah menengah di wilayah persekutuan dan Selangor. Jurnal        Pendidikan, Universiti Malaya.

Wiersma, W. 2000. Research metodh in education: an introduction. Needham Heights: Allyn and Bacon.

Yulizar Bila. 2010. Masalah guru dalam pengajaran taranum al-Quran di Kota Padang Sumatera Barat. Tesis sarjana pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti      Kebangsaan Malaysia.

 

Published in: on November 5, 2011 at 7:19 am  Comments (3)  

The URI to TrackBack this entry is: http://engkizarquran.wordpress.com/2011/11/05/konsep-pengajaran-dan-pembelajaran-membaca-al-quran-dalam-pendidikan-islam/trackback/

Umpan RSS untuk komentar-komentar pada pos ini.

3 KomentarTinggalkan komentar

  1. bismillah
    wah .. sangat bagus sekali tulisan nya , sangat bermanfaat sekali .
    salam dari indo

    • teriamkasih telah mengujungi Blog ini, semoga bermanfaat

  2. terima kasih daun keladi…amat bernas dan berguna sekali


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: