Metode Tartil Cara Cepat Membaca dan Menulis Alquran

METODE TARTIL
CARA CEPAT MEMBACA DAN MENULIS AL-QUR’AN
 

 Engkizar, SIQ, S.PdI

hengki_zero@yahoo.com

Engkizarquran’Blog WordPress.com

Engkizarquran.blogspot.com

 didiklah anak-anakmu mencintai tiga perkara, mencintai Nabimu, mencintai Ahlil Baitnya dan membaca Al-Qur’an. karena orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada dalam lindungan singgasana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya. mereka berserta para Nabi dan orang-orang yang suci (HR: Ath. Thabrani)

A.    Pengenalan

Metod Tartil merupakan salah satu metod pembelajaran Al-Qur’an yang lebih praktis dan lebih cepat untuk membantu murid/pelajar membaca Al-Qur’an. Metod ini diperkenalkan oleh Hj. Gazali, S.MIQ, M.A (Pensarah Ilmu Al-Qur’an Sekolah Tinggi Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Qur’an “STAI-PIQ” Negeri Sumatera Barat, Indonesia) pada tahun 1998. Metod ini terdiri dari dua siri, iaitu Tartil I dan Tartil II. Tartil I adalah untuk memandu murid/pelajar mengenali huruf, membaca huruf berbaris satu, sukun, musyaddah dan tanwin. Manakala  Tartil II pula adalah untuk memandu murid/pelajar mempelajari Mad, Ghunnah, dan Waqaf wal Ibtida’. Sekiranya pembelajaran dilakukan setiap hari (satu kali pertemuan 1 Jam), murid/pelajar hanya memerlukan masa empat bulan untuk mempelajari kedua-dua siri metod Tartil tersebut.

            Pengalaman menggunakan metod ini kepada 400 buah Sekolah Rendah di Kota Padang, negeri Sumatera Barat semenjak tahun 1998 sehingga sekarang, dalam masa 4 bulan murid/pelajar telah dapat membaca Al-Qur’an mengikut kaedah yang betul dengan menggunakan seni membaca secara bertartil dan bertarannum. Sekarang metod ini telah dijadikan sebagai metod asas pembelajaran Al-Qur’an untuk seluruh sekolah Rendah di Sumatera Barat. Pada tahun 2004 metod ini juga telah di perkenalkan di Malaysia dan Singapore. Di Malaysia metod ini telah digunakan sebagai metod asas oleh kerajaan Negeri Sembilan sehingga sekarang.

            Berdasarkan pengalaman Penulis sendiri (Engkizar SIQ) yang dipercaya oleh pencetus Hj. Gazali, S.MIQ, M.A untuk mengembangkan kaedah ini, bermula dari bulan januari 2009 telah digunakan pula dipelbagai sekolah rendah yang ada di Selangor. diantaranya adalah Sekolah Sri Aesyah Bangi, Sekolah rendah Ugama Bukit Kapar Barat Klang, Sekolah Rendah Sri Al-Amin Sungai Tangkas. Dari beberapa pelaksanaan tersebut penulis berjaya dalam masa yang lebih singkat dalam melaksanakan pembelajaran kelas pemulihan al-Quran disekolah tersebut.

Agar penggunaan metod ini menjadi lebih berkesan, guru-guru perlu dilatih terlebih dahulu cara menggunakan metod ini sebelum mereka mengajarkan kepada murid/pelajar. Ini bertujuan supaya guru dapat mengajar mengikut silabus yang ditetapkan dalam buku panduan metod ini. Prinsip asas metod Tartil ini adalah menggunakan kaedah “Student Centre“. Guru perlu memiliki kreativiti untuk memandu pelajar dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mereka.

B.        Fenomena Pembelajaran Al-Qur’an Saat Ini

Latar belakang diperkenalkan metod ini adalah setelah melihat fenomena metod pembelajaran Al-Qur’an yang berkembang saat ini. Diantaranya adalah metod Bagdadiyah, Iqra’, Qira’ati, dan Basmallah, didapati masih banyak ruang-ruang yang boleh diperbaiki, diantaranya dari segi masa dan menarik minat murid/pelajar supaya tidak jenuh dan bosan, kerana belajar terlalu lama. Metod-metod sedia ada memerlukan masa yang agak lama untuk membolehkan pelajar membaca Al-Qur’an. Masa belajar yang terlalu lama dan metod yang kurang menarik, mengakibatkan ramai murid/pelajar tidak boleh membaca Al-Qur’an dengan baik, ataupun tidak boleh membaca langsung.

C.    Cara Pengajaran Metod Tartil

Terdapat empat komponen asas yang menjadikan metod ini lebih praktis dan lebih cepat berbanding dengan metod lain, iaitu:

(i)   Materi diberikan dalam bentuk lisan dan tulisan.

(ii)  Masa yang diperlukan hanya 27 kali pertemuan untuk Tartil I dan 22 kali pertemuan untuk Tartil II (1 kali pertemuan 45-60 minit). Dalam masa 4 Bulan murid/pelajar Insya Allah mampu membaca dan menulis Al-Qur’an dengan baik dan benar. Masa 4 bulan tersebut sudah termasuk masa untuk mengevaluasi, sekiranya ada diantara murid/pelajar yang agak lambat belajar.

(iii)  Adanya materi wajib yang harus diberikan iaitu Seni Tartilul Qur’an.

(iv)  Adanya materi Menulis ayat al-Quran dengan baik yang telah   disediakan lansung dalam buku yang digunakan.

            Satu kali pertemuan murid/pelajar diajarkan 1 hingga 3 huruf Hijayyah, dimulai daripada Surat Al-Baqarah dan seterusnya. Murid tidak dibenarkan melanjutkan materi, sekiranya mereka belum dapat mengenal dan melafazkan huruf-huruf tersebut dengan betul. Murid/pelajar disuruh mengulang kembali materi-materi yang dipelajari, diantaranya menulis huruf yang telah dipelajari. Dan  panduan cara menulis huruf dan ayat al-Qur’an telah disediakan dalam buku (Rujuk panduan Tartil I dan II). Guru lansung membimbing murid bagaimana cara menulis huruf hijayyah dengan baik dan benar. Keunggulan pada materi Lisan, guru dijadikan sebagai asas dalam pembelajaran. Guru membimbing untuk pengucapan huruf asas hijayyah sesuai dengan makhrajnya. Guru menuntun murid untuk membaca dengan berlagu apabila murid/pelajar telah mula belajar huruf-huruf berbaris.

              Untuk lebih mengukuhkan murid-murid mengingat huruf-huruf dan meteri yang dipelajari, setiap kali pertemuan murid diberikan tugas dan evaluasi yang menyeronokan. Selanjutnya mereka juga diberikan tugasan untuk mereka kerjakan di rumah. Tugasan-tugasan tersebut tidak membebankan murid/pelajar, malah mereka merasa seronok mengerjakanya, menunjukkan mereka bertambah faham dengan huruf-huruf dan materi yang dipelajari. Tugasan-tugasan tersebut di evaluasi secara bersama-sama dengan murid/pelajar yang lain. Kaedah ini lebih memperkukuhkan lagi materi-materi yang telah mereka pelajari.

Semenjak diperkenalkan metod ini tahun 1998 hingga sekarang,  lebih kurang 30 ribu murid/pelajar Sekolah Rendah dan Menengah telah belajar menggunakan metod ini di Negeri Sumatera Barat, Indonesia. Murid-murid yang sebelumnya dikatakan sebagai murid yang lambat belajar (slow leaner) didapati telah berjaya membaca Al-Qur’an dengan baik. Daripada 27 kali pertemuan (1x pertemuan 45-60 minit) untuk Tartil I, murid/pelajar telah mampu membaca dan menulis Huruf Al-Qur’an dengan baik. 22 kali pertemuan (1x pertemuan 45-60 minit) menggunakan Tartil II, murid/pelajar telah mengenali ilmu tajwid praktis (mad, gunnah, wakaf dan ibtida’ dan seterusnya), yang membolehkan mereka membaca Al-Qur’an dengan berbagai macam seni Al-Qur’an sesuai dengan kemampuan dan bakatnya dimilikinya.

Dalam pembelajaran, guru terus menunjukkan cara membaca Al-Qur’an dengan seni, sehingga pelajar/murid lebih mudah mempraktekkan ilmu tajwidnya, karena mereka ditunjukkan cara membaca dengan irama tartil. Melalui irama Tartil murid/pelajar dapat belajar cara membaca Al-Qur’an mengikut kaedah yang betul, sebagaimana layaknya membaca Al-Qur’an tersebut. Membaca dengan seni menjadikan bacaan  terdengar lebih indah dan merdu. Saat murid/pelajar membaca suatu surat dalam al-Qur’an murid/pelajar lain berkesempatan untuk mendengar dan memperhatikan bacaan kawan mereka, sehingga pembelajaran jadi menyeronokan dan tidak membosankan.

D.    Kesimpulan 

Al-Qur’an merupakan kitab suci pegangan umat Islam yang mesti diajarkan melalui pendekatan pendidikan dari generasi ke generasi. Kewajipan mempelajari dan mengajarkan Al-Qur’an ini merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan generasi penerus sentiasa menjadikan Al-Qur’an sebagai pegangan hidup mereka. Pendekatan pembelajaran Al-Qur’an mesti diselarikan dengan inovasi baru, mudah difahami, menyenangkan, efesien sehingga murid/pelajar sentiasa berminat mempelajari Al-Qur’an tersebut. Metode tartil “Cara Cepat Belajar Membaca dan Menulis al-Qur’an cuba menawarkan alternatif tersebut, iaitu dapat mempelajari Al-Qur’an dengan lebih cepat dan lebih berkesan dalam masa yang lebih pendek. Metode ini bukan hanya mengajarkan bagaimana membaca Al-Qur’an, tetapi juga mengajarkan cara menulis huruf yang baik dan benar sesuai dengan kaedah yang betul.

Published in: on April 17, 2010 at 1:43 am  Komentar (1)  

The URI to TrackBack this entry is: http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/17/metode-tartil-cara-cepat-membaca-dan-menulis-alquran/trackback/

Umpan RSS untuk komentar-komentar pada tulisan ini.

Satu komentarTinggalkan komentar

  1. lanjutkan.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: