Pengtingnya Integrasi ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

 

PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PROSES P&P

PENDIDIKAN ISLAM

 

ENGKIZAR BIN MARTIAS

P51186

PENDIDIKAN ISLAM

 

 

Abstrak

Guru-guru pendidikan Islam memikul tanggungjawab yang besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Sukatan mata pelajaran pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, fiqih, alquran merupakan pembelajaran yang memerlukan pelbagai kaedah dan Alat Bantu Mengajar (ABM) agar pembelajaran dapat lebih berkesan serta menyeronokkan. Kita bisa bayangkan bagaimana mungkin seorang guru pendidikan Islam menerangkan tajuk  sholat, haji, sirah nabawiyah hanya dengan ‘chalk and talk’, untuk itu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) khasnya penggunaan komputer dan laman Web dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya menjadi salah satu jawapan untuk menjawab soalan tersebut. Namun beberapa kajian yang dijalankan mendapati guru-guru pendidikan Islam masih berada pada tahap yang rendah menjadikan komputer sebagai budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ini disebabkan oleh kurangnya, kemahiran, sarana, serta nilai sikap dari guru tersebut. Untuk itu, kertas konsep ini cuba membincangkan tentang bagaimana strategi penggunaan komputer dan laman web dalam kalangan guru pendidikan Islam dalam P&P. Jurnal dan kajian lepas tentang penggunaan komputer dalam kalangan guru pendidikan Islam dijadikan asas dalam perbincangan kertas konsep ini. Sebagai cadangan terdapat beberapa pihak yang menjadi tunjang dari kesuksesan pelaksanaan program ini: pertama pihak Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai sebuah sistem, pihak pentadbir, guru besar dan PIBJ. serta bagaimana membangun nilai sikap guru pendidikan Islam itu sendiri agar selalu selari dengan kemajuan inovasi pendidikan.

 

 

 

1.0  Pendahuluan

ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.  Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.

Apabila merujuk kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas ICT mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu penulis tegaskan bahawa ICT yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan Islam.

Perbincangan ini dibahagikan ke dalam beberapa tajuk kecil iaitu; Pendahuluan, ICT menurut pandangan Islam, Perkembangan dan Kepentingan ICT dalam Sistem Pendidikan Malaysia, Isu-isu semasa penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam. Tinjauan Kajian-Kajian Luar Negara tentang ICT Dalam P&P. Kepentingan Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan, Pembelajaran Berbasis ICT Dengan Multimedia, Strategi Pengintegrasian ICT Dalam P&P, Rumusan dan Cadangan.

2.0 Penggunaan ICT Menurut Pandangan Islam

Umat Islam telahpun menunjukan model terbaik dalam usaha penyebaran maklumat lebih awal daripada penganut-penganut agama lain, iaitu dengan memulakan industri kertas pada tahun 729M di Baghdad, berbanding orang Kristian yang pertama sekali menggunakan percetakan kertas dalam tahun 1276M. Malah sejak 1040M, kerajaan Islam telahpun menggunakan kertas dalam urusan rasmi kerajaan. Malangnya, apabila munculnya isu bidaah tentang penggunaan teknologi pada abad ke-17M, umat Islam mengambil sikap yang agak simplistik dan berpuas hati dengan apa yang ada. Akibatnya industri percetakan dikuasai masyarakat Barat (Abu Bakar dan Siti Fatimah, 1999). Sejarah Ini telah membuktikan bahawa teknologi telah lama wujud dalam kehidupan manusia.

Merujuk kepada sejarah Islam, teknologi bukanlah sesuatu yang asing. Ia adalah satu proses yang berterusan, berkembang bersama kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang serta mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Maka oleh itu hukum asal sesuatu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban samada lama atau baru. Tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas dan dalil yang terang serta jelas menyatakan sesuatu itu haram, ini menunjukan Islam agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam peradaban.

Islam juga merupakan satu agama yang amat menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk membaca ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan sub bidang. Tidak terkecuali Ilmu yang berhubung erat dengan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.

Tegasnya kegunaan ICT masih tertakhluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Apalagi pemanfatan semua itu salah alat untuk mendukung dakwah dan mengajarkan peradaban Islam dalam sistem P&P, Sekiranya kemudahan ICT disalahgunakan seperti melayari laman-laman web lucah, menyebarkan fitnah dan menggalakkan pergaulan tanpa batasan, tentu suatu kesalahan yang besar jika kita menyalahkan medianya. Oleh itu kita mesti mengislamisasikan media itu melalui orangnya.

3.0 Perkembangan Dan Kepentingan ICT Dalam Sistem Pendidikan Malaysia

Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah.

Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim et al. 1996).

Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Jamaludin Badusah (2000)

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan. Beberapa manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya:

  1. Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
  2. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
  3. Meningkatkan motivasi murid
  4. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  5. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  6. Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  7.  Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa
  8. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
  9. Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.

10.  Meningkatkan kemahiran ICT

Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran dan tidak terkecuali mata pelajaran pendidikan Islam. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.

Pendidikan Islam memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat pendidikan kebangsaan yang menjurus ke arah pembangunan insan yang menyeluruh dan seimbang dari sudut emosi, jasmani, rohani dan intelek. Oleh sebab itu, guru-guru pendidikan Islam memikul tanggung jawab yang besar untuk melahirkan individu yang mampu menjana diri mereka menjadi insan yang berakhlak al-Qur’an dan dalam masa yang sama mempunyai daya saing dan kemahiran yang tinggi dalam aplikasi teknologi selaras dengan tuntutan semasa negara yang menuju kepada negara maju

Manakala Menurut Tajul Arifin (1993), penggunaan ICT akan mempengaruhi perkembangan pendidikan Islam dalam lima tahap iaitu:

Meluaskan skop paradigma ilmu Islam

Membina Tamadun Islam yang berjaya berasaskan konsep ketauhidan

Merangka paradigma dan kurikulum  yang sama semua negara Islam

Menjadikan Pendidikan Islam sebagai teras ilmu

Kesepaduan antara Pendidikan Islam dana Pendidikan Moden

Rajah 3.1 lima tahap pengaruh ICT dalam pendidikan Islam

Rumusannya Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan  mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. 

4.0 Isu-isu Semasa Penggunaan ICT Dalam P&P Pendidikan Islam.

Menurut kajian Ab. Halim Tamuri dan Nik Mohmd Rahimi Nik Yusuf (2010) terdapat tujuh domain yang menjadi isu utama yang dikenal pasti dalam proses Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, iaitu: mengenai strategi, kurikulum, bahan pengajaran, amalan P&P, prospek para pelajar sekolah agama, pencapaian silang mata pelajaran, dan kemahiran generik.

Kajian Ab. Halim (2000) berkaitan dengan pengajaran akhlak dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di Selangor dan Negeri Sembilan. Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap 27 orang pelajar, didapati lapan orang pelajar menyatakan bahwa mereka menghadapi masalah dalam pengajaran yang diberikan. kajian yang dilakukan oleh Azizan (2001) tentang penggunaan komputer dan internet dalam kalangan guru pendidikan Islam, didapati bahawa tahap penggunaan perisian pendidikan dan cakera padat dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Masalah kekurangan kemudahan komputer masih berlaku pada kajian ini

Kajian yang dilakukan dalam pengajaran pendididkan Syariah Islamiyah oleh Hatifah (2000) menyatakan 44% (22) daripada guru tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pentabir, 56% (28) tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada kakikatangan sumber dalam rangka perancangan pengajaran, selain itu 80% guru menyatakan tidak pernah mendapatkan bimbingan daripada pegawai pendidikan daerah. Dalam pembinaan alat bantu pengajaran (ABP) pula, 76% guru tidak pernah menyediakan ABP sendiri, manakala 54% guru menyatakan pihak sekolah turut menyediakan ABP pendidikan Islam untuk mereka.

Hatifah juga mendapati bahawa guru sangat kurang menggunakan alat pandang dengar seperti komputer (72%) dan televesien (54%) alat video (52%) radio (50%) dan menggunakan kaset (46%). Sebaliknya mereka kerap menggunakan buku teks (82%) dan mereka sangat kerap menggunakan papan hitam. Secara umum penggunaan alat audio dan pandang dengar adalah sangat rendah.

Hasil kajian Hj Said Draman (2001) pula meninjau persepsi guru pendidikan Islam terhadap tahap penggunaan komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman guru-guru pendidikan Islam dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer. Responden terdiri daripada 120 orang guru dari 14 buah sekolah di daerah hulu Langat. Analisis kajian mendapati bahawa pengetahuan dan pemahaman guru pendidikan Islam mengenai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer adalah pada aras yang rendah dan perlu kepada cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Abdul Manan (1999) kajian terhadap penggunaan komputer dalam pendidikan Islam di sekolah menengah menyatakan hanya separuh dari sekolah yang dikaji mempunyai kemudahan peralatan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Berikutan itu, ia mempengaruhi dapatan kajian terhadap penggunaan komputer di kalangan guru. Hasil dapatan kajian mendapati, guru-guru kurang berminat menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutama guru-guru perempuan. Selain itu, pengetahuan guru terhadap computer juga turut berkurang.

Zainudin dalam Tesis sarjana Universiti Utara Malaysia (1997). menyatakan kebanyakan guru mempunyai kepakaran yang rendah dalam kebanyakan perisian computer. Sebagai kesimpulan dari hasil kajian yang dilakukan oleh peyelidik di atas, maka penulis dapat menyimpulkan secara tegasnya bahawa didapati penggunaan ICT dalam P&P Pendidikan Islam masih pada tahap yang rendah disebabkan:

  1. Kurang pakar dalam bidang ICT
  2. Kurangnya ketersediaan Alat Bantu Mengajar (ABP) samada disediakan sendiri atau pihak pentabdir sekolah.
  3. Kurangnya perhatian dari pihak KPM dari pelbagai hal, pelatihan, persediaan alat, dan lainnya.

5.0 Tinjauan Kajian-Kajian Luar Negara Tentang ICT Dalam P&P

Menurut Hawkridge (1990), menjelaskan sebilangan besar pelajar, guru dan pentadbir sekolah di negara-negara maju telah menggunakan komputer. Para pelajar menyertai kelab komputer sekolah dan menggunakan komputer untuk:

  1. Mempelajari asas komputer dan kegunaannya
  2. Mempelajari bahasa pengatur caraan computer
  3. Mempelajari perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja, grafik dan pemprosesan data.
  4. Mempelajari topik-topik tertentu dalam sesuatu mata pelajaran  dengan bantuan komputer

Sebagai contoh Korea Selatan Negara yang maju dalam bidang ICT, pendidikan literasi komputer dinegara itu bermula pada akhir tahun 1980-an. Sekitar tahun 1989, kementerian pendidikan mereka mencadangkan penambahan mata pelajaran komputer dalam kurikulum, sementara tajuk-tajuk komputer dimasukkan dalam mata pelajaran lain. (Pouts 1996). Manakala di Perancis, perlaksanaan komputer dalam pendidikan di negara tersebut dapat dinyatakan seperti ungkapan berikut (Pouts 1996) “Pengkomputeran tidak boleh dijadikan sebagai satu mata pelajaran tetapi hendaklah dijadikan alat untuk membantu pengajaran”.

Kajian yang dilakukan di Indonesia khususnya di Bandar padang Negeri Sumatera Barat telah dijalankan oleh Asa Beta (2008), dengan tajuk “Penggunaan Media Pembelajaran Berbantukan Komputer Dalam Pembelajaran Fisika Di Kelas 1 SMK Negeri 1 Pariaman”. Kajian yang dijalankan dengan kaedah eksperimental dengan menggunakan desain treatment by blocks yang diselenggarakan pada semester satu tahun pelajaran 2007/2008. Data dikumpulkan melalui tes kemampuan awal dan hasil belajar yang dianalisis menggunakan ujian-t dan annova. Hasil kajian menunjukan bahawa hasil belajar siswa yang diajar dengan menggunakan media pembelajaran berbantukan komputer (CAI) lebih tinggi daripada hasil belajar siswa yang diajar tanpa menggunakan media CAI, Hasil belajar siswa kemampuan awal tinggi sama sahaja dengan siswa yang diajar tanpa menggunakan media CAI dan hasil belajar siswa kemampuan awal rendah lebih tinggi daripada siswa yang diajar tanpa menggunakan media CAI. Dengan demikian hasil kajian ini menunjukan bahawa terdapat interaksi antara penggunaan media dengan kemampuan awal terhadap hasil belajar mata pelajaran fisika.

Sebagai rumusan Setelah membandingkan kajian-kajian dalam dan luar negara sebagaimana diterangkan di atas. Maka tegasnya, didapati perbezaan yang masih jauh mengenai perkembangan penggunaan ICT dalam P&P antara negara- negara maju dan berkembang samaada Malaysia atau Indonesia, oleh itu masih terdapat kelompangan-kelompangan yang perlu dipertingkatkan lagi dalam mengaplikasikan ICT dalam P&P.

6.0 Kepentingan Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan

Proses belajar mengajar (PBM) seringkali dihadapkan pada materi yang abstrak dan di luar pengalaman siswa seharihari, sehingga materi ini menjadi sulit diajarkan guru dan sulit dipahami siswa. Visualisasi adalah salah satu cara yang dapat dilakukan untuk mengkonkritkan sesuatu yang abstrak. Gambar dua dimensi atau model tiga dimensi adalah visualisasi yang sering dilakukan dalam PBM (Siswo Saroso 2008)

Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar  yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan

Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai ‘field dependent’ berbanding dengan murid  ‘field independent’. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam ‘field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.

Penelitian De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu materi sebanyak 70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio visual), sedangkan dari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca hanya 10%. Kajian di atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya ingatan seseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak:

  1. 20% daripada apa yang mereka baca.
  2.  30% daripada apa yang mereka dengar.
  3.  40% daripada apa yang mereka lihat.
  4.  50% daripada apa yang mereka sebut.
  5.  60% daripada apa yang mereka buat.
  6.  90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak

Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan  atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya 2001).

Sebagi rumusan kepentingan ICT dalam proses P&P tidak dapat dinafikan lagi keperluannya. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan sarana yang tepat bagi guru dlm menyampaikan pesan-pesan pembelajarn dalam bilik darajah. Pemilihan kaedah serta alat yang tepat juga perlu diambil kira oleh seorang guru untuk memastikan keselarian antara mata pelajaran, waktu, situasi dan kondisi dalam memanfaatkan ICT dalam suatu P&P pada masa berlansungnya Pembelajaran.

7.0 Pembelajaran Berbasis ICT Dengan Multimedia

Secara etimologis multimedia berasal dari kata multi (Bahasa Latin, nouns) yang berarti banyak, bermacam-macam, dan medium (Bahasa Latin) yang berarti sesuatu yang dipakai untuk menyampaikan atau membawa sesuatu. Beberapa definisi multimedia menurut beberapa ahli Wahono (2007) diantaranya:

  1. Kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output. Media ini dapat berupa audio (suara, musik), animasi, video, teks, grafik dan gambar. (Turban et al. 2002)
  2. Alat yang dapat menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif yang mengkombinasikan teks, grafik, animasi, audio dan video (Robin dan Linda 2001)
  3. pemanfaatan komputer untuk membuat dan menggabungkan teks, grafik, audio, video, dengan menggunakan tool yang memungkinkan pemakai berinteraksi, berkreasi, dan berkomunikasi. (Hofstetter 2001)
  4. Multimedia sebagai perpaduan antara teks teks, grafik, sound, animasi, dan video untuk menyampaikan pesan kepada publik (Wahono 2007)
  5. Multimedia merupakan kombinasi dari data text, audio, gambar, animasi, video, dan interaksi (Zeembry 2008)

Tegasnya multimedia dapat disimpulkan sebagai perpaduan dari pelbagai media berupa teks, gambar, suara, video, animasi, interaksi, yang digunakan untuk menyampaikan informasi kepada orang lain yang dikemas dalam bentuk komputerisasi. Selain sebagai media pembelajaran, multimedia juga dapat diintegrasikan untuk pembuatan game, film animasi, untuk periklanan, company profile, arsitektur, simulasi, dan lain-lain.

Berdasarkan kepada definisi yang telah dibincangkan terdapat enam media utama dalam suatu sistem multimedia yang lengkap iaitu teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktif. Media-media ini digabungkan untuk mewujudkan suatu persembahan inovasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin & Zaidatun 2000). Rajah 7.1 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia.

Grafik

Teks                         Animasi
MULTIMEDIA
 Audio                       Interaktif
Video

 

 

Rajah 7.1 Unsur-unsur multimedia

1.      Teks 

Teks merupakan komponen asas dalam sistem multimedia. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Teks juga boleh digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan (Jamalludin & Zaidatun, 2000).

Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer. Penyaluran teks dalam multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Ini membolehkan sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan disebarkan kepada pelajar dengan mudah dan berkesan. Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia (Vivi Lach 2006). Dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur boleh dipindahkan ke mana‐mana sistem komputer bagi memudahkan pelajar memahami isi kandungan yang dicapai dari Internet.

2.      Grafik

Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Ia membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan serta menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup. Disamping itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.

Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Grafik seperti lukisan, gambar foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang penting dalam komunikasi maklumat dan grafik untuk penyampaian maklumat melalui proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia.

 3.      Audio

Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Di samping itu, ia membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Teknologi audio dalam multimedia memberi kemudahan kepada pelajar untuk memperolehi maklumat yang lebih berkualiti. Teknologi audio boleh menarik minat pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio. Menerusi audio, terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik perhatian pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar, mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik, menjadi panduan yang lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan mengekalkan penumpuan pelajar dalam sesebuah mata pelajaran.

4.      Video

Video dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan sumber atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi. Di samping itu, ia berfungsi sebagai satu sumber penyampaian informasi dan sumber rujukan yang berkesan. Disamping itu, video digital menjanjikan satu corak persembahan yang hidup dan menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar. Melalui penggunaan video digital, pelajar lebih mudah mengubahsuai, memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu yang diperolehi menjadi lebih dinamik, hidup dan menyeronokkan.

5.       Animasi

Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang meransang dan menyeronokkan. Seseorang pelajar boleh menggunakan animasi berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak sendiri (Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari.

6.       Interaktif

Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci utama kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Pengguna berupaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Ia juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan tersendiri.

Dengan menyepadukan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia di atas melalui komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya pendidikan Islam, maka akan dapat meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Kerana penggunaan multimedia dan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya P&P Pendidikan Islam, dapat menciptakan proses pembelajaran yang interaktif, iaitu adanya hubungan timbal balik antara guru dan pelajar dan juga antara sesama pelajar. Proses pembelajaran interaktif yang dijalankan hendaknya dapat mendorong semangat pelajar untuk belajar dan munculnya inspirasi pada pelajar untuk memunculkan ide baru, mengembangkan inisiatif dan kreativiti. Guru perlu berusaha menciptakan proses pembelajaran yang menyeronokan, menjadikan pelajar merasa nyaman, selesa dan asyik untuk mengikutinya. Namun pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi bergantung kepada keupayaan dan kebolehan guru untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran.

Hal ini selari dengan pandangan Zoraini Wati (1992), yang menyatakan bahawa pengajaran pendidikan Islam bukan sahaja melibatkan penyampaian fakta atau pengetahuan semata-mata tetapi lebih banyak menekankan aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari. Justeru itu, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, guru-guru pendidikan Islam seharusnya memanfaatkan penggunaan alat teknologi seperti komputer bagi merangsang minda pelajar untuk belajar (Hasbullah & Yusni, 2003) malah ia sesuai dengan keperluan futuristik yang memerlukan penguasaan dalam teknologi maklumat (Mohd Jasmy & Mohd Yusro, 2003).

8.0  Strategi Pengintegrasian ICT Dalam P&P

Unit Komputer dalam Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat daripada dua aspek iaitu aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P boleh dilakukan dalam bebagai kaedah pembelajaran:

8.1 Pembelajaran Tutorial

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararan ekspositori dimana  guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web.

Menurut Ab.Halim & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010) terdapat 158 laman Web yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan para pelajar dan guru, namun tidak semua laman Web tersebut mengandungi unsur-unsur pengajaran yang sesuai dengan semua peringkat sekolah menengah dan peringkat tertiari. Diantara pelbaagi kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan:

1)      E–mail (Mel Eletronik)

2)      Internet Relay Chat (IRC)

3)      Telnet

4)      Kumpulan Diskusi dan Berita

5)      File Transfer Protocal (FTP)

6)      Googel

7)      E-group

8)      E-book

9)      E-journal

10)  Facebook

11)  E-learning

12)  Eksiklopedia bebas

8.2  Pembelajaran Penerokaan (exploratory)

Penggunaan ICT dalam pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :

1)  Mencari dan mengakses maklumat dari CD ROM, internet, portal  maklumat dll

2) Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi

3) Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal  oleh murid

Pendekatan ini menyokong pendekatan konstruktivisme iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh, di dalam kelas geografi, boleh merujuk kepada World Facts Books di laman web Central Intellegince Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta.

8.3  ICT Sebagai Alat Aplikasi

ICT sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan  tugasan pembelajaran bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat dalam P&P.  Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Ini termasuklah perisian aplikasi khusus seperti editor grafik dan Computer Aided Design (CAD) yang membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

8.4  ICT Sebagai Alat Komunikasi

ICT sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod. Salah satu daripada model pengajaran terkini yang mengambil peluang daripada ICT sebagai alat pemudah komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif.

Sebagai rumusannya, terdapat pelbagai bentuk pembelajaran yang dapat diaplikasikan seorang guru dalam menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan alat ICT dalam bilik darjah agar P&P berlansung lebih menarik dan menyeronokkan, manakala melalui laman Web pula bagi pendidikan Islam khasnya juga sudah ditentukan 158 laman web yang secara resmi mempunyai akses lansung untuk menambah bahan mengajar dan kemudahan lainnya.

9.0 Rumusan

  1. Integrasi ICT dalam P&P dapat  memperkenalkan, mengukuh dan menambah kemahiran kepada guru Pendidikan Islam selaras dengan konsep perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.
  2. Integrasi ICT dalam P&P di kalangan Guru Pendidikan Islam juga akan memberi kesan baik dan positif kepada imej Guru Pendidikan Islam yang selama ini dianggap jumud dan ketinggalan zaman.
  3. Integrasi ICT dalam P&P dapat meningkatkan dan membawa kaedah-kaedah yang baru dalam proses P&P bilik darjah serta dapat membantu mengatasi kelemahan-kelemahan pelajar yang lebih berminat dengan berbagai stail gaya belajar masing-masing mereka.
  4. Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan Islam juga dapat mengubah tanggapan pelajar yang selama ini menganggap subjek Pendidikan Islam suatu subjek yang membosankan (Norhatimah dan Ab. Halim Tamuri  2010).

Namun begitu harus diingat, walaupun ICT memberi pelbagai manfaat dalam P&P Pendidikan Islam  tetapi ICT hanyalah merupakan satu faktor tambahan dalam meningkatkan keberkesanan P&P. Maksudnya jika kita terlalu bergantung pada ICT, guru tidak lagi berkesan dan akan wujud sikap individualistik dalam diri pelajar. Jadi, Keperluan pengajian tanpa guru sebagai pemandu atau pendidik tidak boleh dinafikan atau diminimalkan. Ini perlu dilihat dalam konteks bagaimana pendidikan asalnya adalah kontak atau perhubungan dan interaksi antara dua akal, jiwa hati dan peribadi secara tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan menjamin kejayaan sebenarnya.

10.0 Cadangan

Dalam usaha untuk mengintegrasikan ICT dalam P&P Pendidikan Islam, semua pihak hendaklah bekerja sama bagi memastikan hasrat ini tercapai, di antara pihak tersebut ialah:

10.1 Peranan pihak Kementerian Pelajaran

  1. Mewujudkan dana yang khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan ICT kepada guru.
  2.  Mengadakan kursus-kursus teknologi maklumat untuk guru Pendidikan Islam.
  3. Memberi insentif dan ganjaran kepada guru yang kreatif dan dinamik.
  4. Mewujudkan satu kumpulan yang pakar dalam bidang ICT agar mereka dapat menyediakan lebih banyak perisian yang sesuai untuk P&P Pend Islam.

10.2 Pihak Pentadbir Sekolah.

10.2.1Peran Guru Besar

  1. Membentuk budaya ICT di sekolah dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.
  2. Membuat dokumen serta polisi bertulis dan penyediaan prasarana ICT di sekolah (Mohammed Sani dan Mohd  Jasmy 2002).
  3.  Memberi peluang kepada guru agar dapat mengikuti pelatihan-pelatihan perisian komputer samada yang dibuat oleh kerajaan ataupun NGO.

10.2.2 Ketua Bidang atau ketua Kursus Pendidikan Islam

  1. Meningkatlan pelbagai kemahiran Guru Pendidikan Islam dengan penggunaan teknologi ICT dalam P&P.
  2. Membuat kerjasama diantara guru-guru dalam mempersiapkan bahan-bahan mengajar dengan menggunakan perisian dengan kemudahan prasarana ICT di sekolah. Hal ini jarang terwujud selama ini dikalangan guru-guru pendidikan Islam.

10.2.3 Penyelaras ICT sekolah

  1. Membuat pelatihan-pelatihan ICT bagi guru-guru selama cuti sekolah.
  2. Menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak agar alat dan sarana ICT disekolah dapat mendukung kerjaya guru ataupun kemudahan pelajar dalam kegiatan sekolah.

10.2.4 Peranan pihak NGO dan swasta

  1. Mengadakan teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah dengan memberi sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
  2. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P

10.2.5 Peranan Guru Pendidikan Islam

10.2.5.1 Sikap sebagai pendidik

  1. Guru Pendidikan Islam hendaklah sedia untuk menerima perubahan anjakan paradigma untuk menggunakan ICT dalam  P&P.
  2. Berubah dari sikap yang pasif kepada aktif dalam menyahut cabaran perubahan akan membawa impak tersendiri bagi kerjaya seseorang guru.
  3. Bekerjasama antara guru dalam mencapai matlamat yang ditentukan.
  4. Seorang bukan hanya seorang pengajar tetapi juga mesti selalu belajar mengajar.

 

 

RUJUKAN

Abdul Rahim Mohd Saad. 1998. Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan             pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas Kerja Dibentang di         Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21          September 2001: Penerbit .USM

Abu Bakar Abdul Majeed dan Siti Fatimah Abdul Rahman. 1999. Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Abd Ghani dan Norhashimi. 1997. Sekolah bestari dari perspektif Islam dan perisian         multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Islam. Anjuran maktab            perguruan Islam Bangi dan jabatan kemajuan Islam Malaysia.

Ab.Halim Tamuri, Nik Rahimi, Shahrin, Khadijah, Mohd Isa, Kamarulzaman. 2002.  Kurikulum pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Prosiding  Wacana Pendidikan Islam (Siri I). Bangi : Percetakan Warni Sdn Bhd.

Ab.Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul     Rahim dan Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan            Pembelajaran Pendidikan Islam ke Atas Pembangunan Diri Pelajar. Fakulti   pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bahagian kurikulum pendidikan      Islam dan moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. (GG002/2004)

Airi Abu Bakar. 2003. Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam : satu     kajian di sekolah- sekolah menengah daerah Alor Gajah Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar bin Abdul Rahim. 2005. Sikap Guru-guru Kemahiran Bersepadu Sekolah    Menengah       Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan         Pembelajaran. Projek Master Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan     Malaysia.

Azizan bin Muhammad. 2001. Penggunaan Komputer di Kalangan Guru Pendidikan        Islam/Bahasa Arab di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tesis Sarjana   Fakulti             Pendidikan.

Holmes, W. 1999.  The transforming power of information technology. Community            College Journal, 70(2): m.s. 10-15.

Haji Hasbullah haji Abdul Rahman dan Yusni Abd Rahman. 2003. Kesediaan guru-guru   agama menggunakan komputer dalam menjalankan tugas pentadbiran dan             pengajaran. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 3). Fakulti Pendidikan,     Universiti Kebangsaan Malaysia

Hartini, Siti Norezam & Zulkifli. 1997. Pelan tindakan perlaksanaan teknologi maklumat   dalam pendidikan Islam di Kedah. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi    Maklumat dalam Pendidikan Islam. Maktab Perguruan Islam & Jabatan            Kemajuan Islam Malaysia, 9 – 11 September.

Hawkridge, David. 1990. Computer in Third World School: The Example of China.           British             Journal Education Technology 21: (1)

Hj. Said Draman. 2001. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berbantukan            Komputer: Persepsi Guru-guru Bahasa Arab di Daerah Hulu Langat, Tesis      Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasbullah & Yusni. 2003. Kesediaan guru-guru agama menggunakan komputer dalam       menjalankan tugas pentadbiran dan pengajaran. Prosiding Wacana Pendidikan             Islam Siri 3 (Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan            Inovasi), hlm. 351-364.

Ismail bin Che Ku. 2002. Kemahiran dan Sikap Pensyarah Pendidikan Islam Terhadap     Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran di Maktab Perguruan Islam, Projek        Master Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Holmes, W. 1999.  The transforming Power of Information Technology. Community          College Journal, 70(2): m.s. 10-15

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS             Publications.

Mohd Jasmy Abd.Rahman & Mohd Arif Ismail. 2007. Teknologi Maklumat dan    Komunikasi Serta Aplikasi Multimedia dalam Pendidikan di Malaysia dan          Indonesia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malays

Mohamed Sani Ibrahim. 1999. Perancangan dan strategi perlaksanaan latihan guru          sekolah bestari. Prosiding Isu-Isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan   Malaysia.

Pisapa, J. 1994. In Williams, D.M. 2000. Integrating Technology Into Teaching and           Learning. Singapore: Prentice Hall.

Rosenberg, J.M., 2001. E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The Digital    Age. U.S.A: McGraw-Hill.

Rohaya Hasan. 2003. Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Komputer Dari Perspektif        Guru    Pendidikan Islam di Daerah Kuala Terengganu. Bangi: Tesis Sarjana   Pendidikan Universiti Kebangsan Malaysia.

Tajul Ariffin Noordin & Nor Aini. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia:             Pendekatan Bersepadu. Bangi : As-Syabab Media Malaysia.

Zaradi Sudi dan Rozita Hj.Md Noh.2003. Penggunaan Komputer dalam Pendidikan         Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan. Bangi : UKM.

Zainuddin Abd. Hamid. 1997. Computer Usage Among School Administrators In Seberang Perai Selatan District. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Zoraini Wati Abas. 1993. Penggunaan teknologi maklumat komputer dalam pendidikan    Islam: Keperluan dan masalah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Islam Era 2020.             Tasawur dan strategi. Bangi: Maktab Perguruan Islam.

Zalina Yahaya. 2002. IT dan Komputer: Nadi Sekolah Bestari. Utusan Malaysia.

 

About these ads
Published in: on April 15, 2010 at 4:16 am  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pengtingnya-integrasi-ict-dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam/trackback/

Umpan RSS untuk komentar-komentar pada pos ini.

17 KomentarTinggalkan komentar

  1. tq nak tau buku rujukn (Robertson, 1998) tak tersenarai dlm rujukn?takrif ict yg mula2

    • ok akan saya lampirkn dalam jawaban ini. TQ

  2. salam, kajian saudara sama seperti kajian saya…mohon amik sebagai rujukan….

    • ok.sebetulnya kajian saya bukanlah tu..tu hanya tugasan semasa kuliah..silakan ambk. termakasih telah mengunjungi bolg saya.semoga berjaya

  3. mohon perkongsian ilmu

    • Sila. terimakasih atas kunjungan ke Blog saya. TQ

  4. mohon perkongsian ilmu

  5. salam, nk minta izin kongsi maklumat tentang artikel ICT ni dalam kajian saya..lebih2 lagi rujukan yang terkini dalam kajian saudara.

  6. Minta izin kongsi maklumat saudara berkenaan dengan penggunaan ict…tq…
    ianya sangat bermanfaat bg saya…….

  7. saya ingin rujukan lengkap bagi artikel ini untuk rujukan penulisan tugasan saya …harap saudara boleh menulis rujukan lengkap penulisan saudara ..sekian terima kasih

    • silakan ambil, Insyallah akan saya cuba lengkapi. TQ atas masukannya.

  8. Saya mohon kebenaran saudara untuk kongsi artikel ini untuk kajian saya..terima kasih..

  9. saya guru pelatih Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod PJJ.tajuk assigment saya Aplikasi Pendekatan TMK dalam pengajaran ibadah…sesuai ke kalau saya ambik bahan ini…mohon jawapan segera…

    • saya juga tak pasti lah kak, untuk tambah bahan bacaan boleh lah..

  10. Ok..Dr,,terimaksih

  11. boleh..

  12. ist Ok.sama2 moga bermanfaat.


Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d blogger menyukai ini: